Parasit Daging Babi Masuk ke Otak Manusia


Para doktor mengatakan bahawa penyakit-penyakit "cacing pita"
merupakan penyakit sangat berbahaya
yang berlaku melalui penggunaan daging babi.
Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia,
dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa.
Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar 1000 ekor
dengan panjang antara 4 - 10 meter, dan terus hidup di tubuh manusia
dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).
♦♦♦
Para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas Mexico yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi, dan ketika dipasarkan di negara muslim diganti dengan daging lembu -pent).

Sang perempuan menegaskan bahawa dirinya merasa berpenat-penat (letih) selama 3 minggu selepas makan daging babi. Dan para doktor di rumah sakit "May Clinics" di negara bahagian "Arizona" telah melakukan pembedahan terhadapnya di rumah sakit tersebut setelah mereka berjaya mengetahui "adanya rasa sakit" di bahagian otak kerana adanya cacing yang tumbuh di dalamnya.

Dan akhirnya para doktor memberitahu bahawa mereka harus melakukan pembedahan secepat mungkin untuk boleh mengubati sang perempuan tersebut.

Para doktor menegaskan bahawa makanan daging babi yang terkenal itu telah dimakan oleh sang perempuan AS di Mexico, dan mengandung cacing yang dikenali dengan nama "taenia solium" iaitu cacing yang masuk ke dalam tubuh manusia dari jalan makanan yang tidak sempurna apabila dimasak.

Josef Seirphin, salah seorang doktor perempuan di rumah sakit tersebut menjelaskan bahawa telur cacing melekat pada dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke hujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak boleh keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak.

Down Piesira mengatakan, "Sesungguhnya pendapat yang mengatakan adanya cacing di dalam otak terasa sangat asing .... sangat mengejutkan sekali apabila aku mendapati mereka merasakan sakit di bahagian otaknya, dan keluarlah cacing dari otaknya. Kejadian ini adalah kejadian besar yang menyakitkan."

Akhirnya, sang perempuan menerima untuk dibedah --kejadian ini terjadi pada April 2001-- dalam masa 6 jam berturut-turut untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam otak kepalanya. Dan para doktor melakukan pembiusan tempatan, dimana sang perempuan harus dalam keadaan sedar dan boleh berfikir ketika dibedah, sebab hal itu dilakukan diorgan yang sangat penting, iaitu otak; dan harus diajak bicara selama operasi sehingga operasi itu tidak membawa kesan sampingan sedikitpun terhadap otak perempuan itu.

Pada akhirnya, para doktor mendapati satu ekor cacing yang sudah rosak dan mengeluarkannya tanpa ada satu kesan negatif pun.

Josef Seirphin, doktor perempuan yang mengetuai rawatannya, berkata, "Ini adalah kejadian yang sangat beruntung, sebab kami belum pernah menemui di otaknya selain daripada cacing saja."

Josef Seirphin pun kini bergegas mengubatinya. Dan para doktor menegaskan bahawa mereka memerlukan masa untuk memantau kesihatannya untuk mengembalikan kesihatannya selama 6 bulan. Dan hal itu sehingga kini masih menyebabkan sang wanita mengalami gejala aneh dan kesulitan lain.
♦♦♦

Seorang wanita di Inggeris harus menjalani pembedahan kecemasan kerana otaknya dipenuhi oleh cacing pita. Cacing pita tersebut diketahui menyebabkan kerosakan kekal pada otak.

Suki-Jane Taylor, 42 tahun, diketahui menderita neurosysticercosis, penyakit yang disebabkan serangan cacing pita pada sistem saraf. Diketahui bahawa Taylor dijangkiti cacing pita pada daging babi pada tahun 2009.

Akibat serangan cacing pita pada otaknya, saat ini Taylor mengalami beberapa penyakit seperi epilepsi, gangguan penglihatan, dan gangguan keseimbangan.
Kerosakan pada sistem saraf mulai berlaku setelah Taylor secara tak sengaja menelan telur cacing pita dan larva dari daging babi. Otak dan larva ini kemudian dibawa ke otak.

Di sana mereka membentuk kista. Ketika cacing pita akan mati, mereka menyebabkan pembengkakan pada saluran darah dan tisu di otak.

Taylor segera dilarikan ke rumah sakit dan menjalani pembedahan untuk menghilangkan kista yang ada dalam otaknya.

"Mereka langsung mengeluarkannya dari otakku. Kista itu terbentuk tepat di atas tulang belakang, di bahagian belakang otakku," jelas Taylor, seperti dilansir oleh Nine MSN (21/09).
♦♦♦

Penyakit-penyakit Daging Babi
Para doktor mengesahkan bahawa penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui penggunaan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar 1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Apabila seseorang mengambil daging babi, maka larva yang ada di dalamnya akan menjadi cacing dalam perut manusia. Cacing ini akan menyebabkan seseorang merasa lemah, letih. Dan kekurangan vitamin B-12 yang menyebabkan berlakunya kekurangan darah, kadang-kadang boleh menyebabkan munculnya penyakit pada saraf otak, semisal dis-fungsi saraf pusat.

Larva-larva pada sebahagian keadaan boleh mencapai otak dan menyebabkan berlakunya "sawan" atau naiknya tekanan dalam saraf, pusing yang sangat, atau bahkan boleh menyebabkan lumpuh.

Dan mengambil daging babi yang tidak sempurna di masak juga menyebabkan adanya cacing rambut. Ketika cacing ini sampai di usus 12 jari, maka akan keluar larva yang sangat banyak selepas 4 atau 5 hari dan kemudian masuk ke dalam dinding lambung. Kemudian ia masuk ke dalam darah, kemudian masuk ke sebahagian besar jaringan organ tubuh.

Larva kemudian berjalan sendi dan menjadi besar Maka orang tersebut akan mengalami sakit seperti sakit otot yang sangat. Kadang-kadang penyakit itu berkembang hingga terjadi dis-fungsi kerja otak, dis-fungsi otot jantung dan paru-paru, buah pinggang, saraf pusat. Dan kadang-kadang penyakit ini boleh menyebabkan kematian, dan ini kecil peratus ini.

Maha benar Allah yang telah berfirman:
Hanya saja diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih untuk selain Allah. Maka siapa yang dalam keadaan terpaksa sedangkan ia tidak menginginkannya lagi tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa atasnya. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Q.S. Al-Baqarah: 173)

*sumber http://www.jurnalhajiumroh.com/

Kisah Mualaf Dan Daging Babi


Pengalaman Dan Coretan Aliya (Mualaf)

"Babi sedapkah?"
"Apa rasanya?"
"Mengapa orang Cina suka makan daging babi?"

Apabila saya menceritakan kepada suami cara memasak 'Tao-Yu Bak' (Daging Babi masak kicap), resipi yang diwarisi daripada nenek saya, wajahnya akan berubah, geli gelaman dan loya. Biasalah orang Melayu, dibesarkan dari kecil untuk membenci babi. Tapi bagi saya yang hidup makan daging babi selama lebih 3 dekad, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sudah tahu tekstur daging itu, dan sudah boleh bezakannya daripada daging ayam serta lembu.

Setiap kali juga, apabila ditujukan soalan tentang pemakanan daging ini oleh mereka yang baru memeluk Islam kepada mereka yang lahir Islam, kebiasaannya akan disuruh elak. Haram makan makanan tidak halal. Dosa besar.

Tapi bagaimana nak elak makan sekiranya mualaf itu masih tinggal dan bergantung kepada keluarganya yang bukan Islam, serta sudah menjadi kebiasaan makan bersama? Nak makan daging? Daging bagi keluarga Cina dan Hindu adalah daging babi, bukan daging lembu. Mana boleh makan, haram. Nak makan ayam yang tidak disembelih cara Islam, haram juga. 

Habis nak makan apa? Ikan? Tapi.. kata ustaz kalau makanan dimasak dalam periuk atau kuali yang tidak disamak tetap haram hukumnya. Tidak boleh dimakan.


Tao-Yu Bak


Habis, nak makan apa? 

Ahhh, dilema yang dihadapi ramai mualaf yang masih belum mengkhabarkan pengislaman mereka kepada keluarga masing-masing. 

Mengapa belum?

Kerana kebanyakan mereka golongan pelajar sekolah dan kolej, mahasiswa, atau yang tidak ada pendapatan tetap atau kediaman lain. Mereka yang bergantung kepada keluarga untuk sara hidup, pendidikan dan tempat perlindungan.

Bila mereka nak beritahu keluarga bahawa mereka dah Islam?

Entah, mereka masih mencari jalan. Masih berikhtiar untuk menyampaikan berita tersebut dengan lembut. Kerana tahu bahawa kelaurga tidak akan merestui pengislaman mereka.

Perlu mengambil masa, agar tidak terputus hubungan kekeluargaan. Agar ibu bapa yang sudah tua dan uzur tidak diserang sakit tenat akibat terkejut dan sakit hati dengan berita tergempar itu. 

Tapi bagaimana mereka nak hidup sebagai orang Islam kalau belum beritahu keluarga? Kalau sudah peluk Islam, kenalah beritahu. Haram makan makanan tidak halal. Wajib mengerjakan solat. Kena puasa pada bulan Ramadhan. Yang wanita, perlu jaga aurat. Apa status mereka?

Itulah masalahnya. Anda dilahirkan sebagai sebagai orang Islam, anda tak alami sendiri masalah mereka yang baru memeluk Islam. Mereka yang kita gelar 'closet Muslim' atau 'mualaf sembunyi' kerana belum mengisytiharkan pengislaman mereka. Ramai yang muda belia. Mereka berani kerana memeluk Islam setelah belajar Islam dan benar-benar yakin bahawa Islam agama benar, dan walaupun mereka mungkin menghadapi amcaman dihalau oleh keluarga masing-masing dan ditamatkan pembiayaan pengajian kolej atau universiti sekiranya keluarga mereka mengetahuinya.

Mereka ini semakin ramai tetapi kerana ada yang belum mendaftarkan diri sebagai orang Islam di jabatan agama Islam, kita tiada data. Tak dapat dikesan kecuali mereka sendiri memberitahu.

Makanan? Terpaksalah mereka pandai-pandai pilih makanan yang halal. Berusaha mengelak daripada makan daging babi bila bersama keluarga. Kita boleh dengan mudahnya berkata bahawa berdosa makan makanan yang tidak halal tetapi ingatlah bahawa mereka yang baru berstatus mualaf "sembunyi" tidak ada banyak pilihan, terutama bagi mereka yang keluarganya kuat beragama atau berpegang pada adat resam. Mengaku orang Islam bermakna bakal dihalau dari rumah, terputus hubungan kekeluargaan untuk sementara waktu, dan akan mengakibatkan keluarga sendiri dipulaukan dan dikecam hebat oleh jiran dan saudara mara yang juga bukan Islam.

Solat? Yang sudah belajar akan cuba lakukan secara sembunyi-sembunyi. Satu risiko. Yang muslimah, mungkin terpaksa solat dengan skaf panjang dan kain batik menggantikan telekong kerana kain telekong bukti nyata bahawa mereka sudah Islam. Yang belum pandai solat dan berisiko tinggi, hanya mampu berzikir dan berselawat. 

Puasa? Sama juga, yang dapat berpuasa akan berusaha untuk puasa. Yang sudah menjadi kelaziman makan tengah hari dengan keluarga, tahu-tahu sahaja. Sudah tentu mereka sedih kerana tidak mampu berpuasa seperti muslim yang lain. InsyaAllah, mereka akan bayar fidyah apabila berjaya hidup bebas nanti.

Sampai bila nak diamkan diri? Hidup dalam kepuraan? Mereka kena beritahu keluarga!

Sampai mereka bersedia untuk memberitahu. Atau sehingga Allah swt tentukan sendiri bahawa masanya sudah tiba untuk keluarga mengetahuinya. Kalau anda anggap hidup dengan membohongi keluarga tersayang sebagai satu kesalahan dan satu dosa yang tidak patut dilakukan oleh Muslim, bayangkan pula tekanan batin mereka yang melaluinya.
Kena pilih antara cara hidup Islam dan keluarga yang masih kafir. Menghitung hari sehingga mereka dapat berdikari dan bebas hidup sebagai orang Islam.

Saya pernah tujukan permasalahan ini kepada beberapa orang kawan dan ustaz yang saya kenali, yang lahir Islam. Jawapan mereka adalah perlu beritahu keluarga. Tak ada jalan lain.

Jawapan saya kepada mereka yang bertanya (pendapat saya), berusahalah hidup sebagai orang Islam setakat mana yang termampu. Sentiasa berdoa dan memohon ampun daripada Allah. Elakkan makanan yang tidak halal atau sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan. Dapatkan sokongan moral dan nasihat mereka yang memahami agar diri tidak terlalu tekanan dengan kehidupan dua identiti ini. Sambil-sambil itu, berikhtiar juga agar dapat memberitahu keluarga tentang pengislaman masing-masing dengan cara terbaik. 

Kita yang sudah Islam selalu beranggapan bahawa tugas membantu golongan mualaf dan mereka yang berminat pada Islam adalah tugas dan tanggungjawab NGO dan agensi Islam. Tanggapan itu perlu dikikis kerana kerap kali, (maafkan saya) pertubuhan begitulah yang sering merosakkan nama baik Islam. Ada segolongan pegawai yang cepat membuat andaian (peluk Islam mesti nak kawin, mudah menghukum halal-haram, tak boleh itu dan ini, kena buat begini kalau tidak tak sah solat bla3), cakap tak serupa bikin (mewakili nama Islam tetapi bercakap kasar, acuh tak acuh dan tidak sabar).

Mualaf 'sembunyi' lebih memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan (bagi yang masih menuntut) supaya mereka lebih bersedia dan berani mengisytiharkan pengislaman mereka dengan lebih awal. Mereka tidak perlukan tekanan lagi dengan kita memberitahu bahawa tindakan mereka terus makan babi bersama keluarga dan meninggalkan amalan lain adalah berdosa.

Kita sering menganggap permasalahan mereka sebagai perkara lekeh dan kecil, yang dibesar-besarkan. Selalu kita tegaskan, kalau dah Islam kenalah buat cara Islam. Tak alami maka tak ketahui, seterusnya tak fahami, tak dapat berempati.

Ia sama seperti seorang yang tidak pernah dibedah, tentu sekali tidak akan tahu bagaimana sakit anggota badan setelah ubat bius habis, betapa susahnya menjaga luka agar tidak dijangkiti kuman. Hanya boleh membuat teori dan andaian. Mudah menyalahkan pihak lain dengan tuduhan sengaja mengada-ngada.

Janganlah kita golongan seperti itu. Letakkan diri kita di tempat mualaf 'sembunyi'. Sekurang-kurang yang boleh kita lakukan adalah mendoakan mereka agar Allah perkuatkan iman mereka. 

Sekurang-kurangnya mereka ini walaupun belum dapat mengisytiharkan diri sebagai orang Islam, mereka sudah beriman pada Allah swt. Mereka berusaha untuk mendalami Islam, makan makanan halal, mendirikan solat dan puasa. Tidak seperti golongan tertentu yang beridentitikan Muslim tetapi dengan rela dan sukacitanya menghirup arak, makan daging babi, meninggalkan solat dan berpesta makan pada siang Ramadhan.

Nabi s.a.w mengambil masa bertahun tahun lamanya uantuk membina keimanan dan akidah. Sedangkan pada waktu itu para sahabat masih lagi meminum minuman yang mengharamkan dan memakan makanan yang mengharamkan. Contohnya ada sahabat yang bersolat dalam keadaan mabuk tetapi Nabi s.a.w. tidak menegur sehingga Allah s.w.t. menurunkan ayat mengharamkannya.

Ramai penda'ii mengislamkan yang bukan Islam terus mengharap si Mualaf fi Qulub itu meninggalkan segala yang diharamkan dan terus pandai bersolat. Mereka ingin si-mualaf terus menjadi seperti orang orang Melayu disekeliling mereka. Masyarakat berterusan memberikan tekanan emosi dan mental keatas mualaf dan saudara baru. Masyarakat menjadikan saudara baru itu Melayu lebih dari Islam dari segi berpakaian, pemakanan, percakapan, tingkah laku dan sebagainya.

*sumber http://zharifalimin.blogspot.my/

Mulakan Kerja Dengan Solat Dhuha


Tubuh manusia mempunyai beratus-ratus tulang yang masing-masing dihubungkan dengan sendi. Bilangan sendi dalam tubuh manusia adalah 360, sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah SAW dan dibenarkan oleh para doktor. Kita tidak boleh membayangkan, bagaimana jika tulang-tulang yang ada dalam tubuh kita tersebut tidak dihubungkan dengan sendi. Atau salah satu sendi tersebut tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Maka, tidak ada yang mengetahui betapa besarnya nikmat ini kecuali orang yang telah kehilangan nikmat tersebut.

Sedekah tanpa harta

Setiap hari, persendian kita mempunyai kewajipan untuk bershadaqah sebagai realisasi syukur kita kepada Allah, Dzat yang telah menciptakannya. Caranyapun berbeza-beza sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW,
"Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang yang berselisih adalah shadaqah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah. " (HR. Bukhari dan Muslim)

Begitu berat dan lelahnya kita jika perlu melakukan pelbagai amal tersebut setiap harinya. Sehingga para sahabat pun bertanya, "Siapa yang sanggup melakukan, wahai Rasulullah?" Maka beliau menjawab, "Jika ia tidak mampu, maka dua rakaat Dhuha sudah mencukupinya." (HR Ahmad Abu Dawud)

Rasulullah SAW memberikan kemudahan kepada umatnya, bahawa semua shadaqah yang dilakukan oleh anggota badan tersebut boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha, kerana solat merupakan amalan semua anggota badan. Jika seseorang mengerjakan solat, maka setiap anggota badan menjalankan fungsinya masing-masing. Demikian penjelasan yang disebutkan oleh Ibnu Daqiqil 'Ied.

Bilangan rakaat Dhuha minimal adalah 2 raka'at sedangkan maksimalnya adalah 8 rakaat. Dengan menjalankan 2 rakaat Dhuha, kita telah melaksanakan salah satu wasiat Rasulullah SAW. Abu Hurairah berkata, "Kekasihku, Rasulullah SAW berwasiat kepadaku dengan tiga perkara: puasa selama tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Dhuha, dan mengerjakan solat witir sebelum aku tidur." (Muttafaq 'Alaihi)

Keutamaan solat dhuha

Walaupun bernilai sunnah, shalat ini mengandungi banyak fadhilah (keutamaan), namun tidak ramai daripada kita yang memperhatikannya. Di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Darda 'ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah swt berfirman," Wahai anak Adam, solatlah untuk-Ku empat rakaat pada permulaan hari, maka Aku akan mencukupi keperluanmu pada petang harinya. "(HR. Tarmidzi)

At Thayyibi menerangkan bahawa dengan mengerjakan empat rak'at di pagi hari, Allah akan mencukupi keperluan-keperluan kita dan menjauhkan kita dari semua yang tidak kita inginkan hingga sore hari. Fadhilah lain, orang yang mengerjakannya dimasukkan dalam golongan orang-orang yang kembali kepada Allah. Kerana solat Dhuha adalah solat awwabin, shalatnya orang-orang yang kembali kepada Allah (bertaubat). Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyebutkan bahawa pahala orang yang mengerjakan solat Dhuha seperti orang yang mengerjakan umrah.

Menjadi kaya dengan solat dhuha?

Ada diantara kaum muslimin yang begitu bersemangat mengerjakan solat dhuha. Namun ironisnya ketika mereka melaksanakan solat wajib, justeru malas-malasan dan hanya sekadar untuk menggugurkan kewajiban saja. Solat subuh dikerjakan jam enam pagi dan solat asar hanya kalau sempat sahaja. Penyebabnya, ada tujuan lain ketika mereka mengerjakannya yaitu ingin mendapatkan balasan di dunia, biar lancar rezekinya dan menjadi orang yang kaya raya. Sehingga doa-doa yang dipanjatkannyapun hanya dengan kelancaran rezeki. Demikian fenomena yang sering kita dapatkan di masyarakat. Dunia, mungkin saja mereka peroleh. Boleh jadi akan semakin lancar rizkinya dan kerjayanya terus meningkat. Namun apa yang mereka peroleh di akhirat? Qatadah ketika menafsirkan surat Hud: 15-16, ia berkata, "Barang siapa yang dunia adalah tujuannya, dunia yang selalu dia cari-cari dengan amalan solehnya, maka Allah akan memberikan kebaikan kepadanya di dunia. Namun ketika di akhirat, dia tidak akan memperoleh kebaikan apa-apa sebagai alasan untuknya. Adapun seorang mukmin yang ikhlas dalam beribadah (yang hanya mengharapkan wajah Allah), selain akan mendapatkan balasan di dunia dia juga akan mendapat balasannya di akhirat. "

luangkan masa

Masa pelaksanaan solat Dhuha adalah ketika matahari mula naik sepenggalan, kira-kira satu perempat jam selepas matahari terbit hingga waktu zawal (matahari tergelincir). Dan masa yang paling afdhal adalah ketika matahari mula panas.

Memang, tidak mudah untuk melaksanakan solat Dhuha. Kerana waktunya bertepatan dengan jam-jam bermulanya aktiviti kehidupan seharian, orang sibuk bekerja mencari rezeki pada waktu tersebut. Namun, sesempit apapun masa kita kerana aktiviti sehari-hari, jika kita luangkan waktu sejenak untuk mengerjakan solat Dhuha, Insya Allah tidak akan mengurangkan jatah rezeki yang telah ditentukan untuk kita. Kalau toh meluangkan masa pada masa tersebut tidak membolehkan pula, kerana peraturan syarikat yang begitu ketat dan mengikat, solat Dhuha boleh kita kerjakan sebelum masuk jam kerja. Nah, mari mulakan kerja kita dengan melaksanakan solat Dhuha.

*sumber http://magnet-hati.blogspot.my/

Keluarnya Dajjal kerana Kemarahannya

dajjal

KITA tahu bahawa di akhir zaman kelak, kita akan bertemu dengan tetamu baru. Dia akan menunjukkan jalan kepada kita menuju syurga. Tapi, ternyata jalan yang ditempuh itu adalah jalan menuju neraka. Naudzubillah. Orang inilah yang kita kenal sebagai Dajjal.

Orang bermata satu ini menjadi ancaman terbesar di akhir zaman. Ia akan terus berusaha menggoyahkan keimanan seorang Muslim, hingga orang tersebut murtad dari kebenaran. Banyak orang akan mudah tertipu dengan tipu dayanya. Jika kita tak mempunyai kekuatan iman yang kuat, maka tak dapat dinafikan kia pun akan termakan oleh hasutannya.

Bercakap tentang Dajjal, mungkin kita akan merasa bingung dari mana ia datang. Mengapa ia boleh sampai ke negeri ini dan merosakkan tatanan masyarakat Muslim?

Dalam hadis Tamim Ad-Dari 'RA yang menuturkan kisah Dajjal dan Al-Jassasah sudah diungkapkan bahawa Dajjal masih dikurung di sebuah pulau di tengah lautan lepas sehingga kini. Dajjal sudah hidup pada masa Rasulullah SAW. Ia mempunyai postur tubuh yang tinggi besar.

Tamim Ad-Dari 'beserta ketiga puluh orang rakannya telah melihat Dajjal dalam keadaan terbelenggu oleh rantai, dan terjadilah dialog di antara mereka. Dajjal menyampaikan kepada mereka identiti dirinya dan ia akan keluar ketika kemarahannya meletup. Sehingga, rantai yang membelenggunya putus dan ia pun keluar dari kurungannya.

*sumber islampos.com

Download Clash Royale v.1.2.0 APK For Android





Download Game Clash Royale Terbaru 2016 Untuk Android APK DATA-Halo sobat ada kabar gembira nih.. telah update lagi game Clash Royale 1.2.0 APK for Android Full Version 2016 yang dapat sobat download dan mainkan.Cara Mudah main Game Clash Royale Android adalah kita menyerang tower musung dengan menunggu kartu yang muncul. Untuk karakternya sendiri masih tak jauh jauh dari game Clash of Clans

Masya Allah, Sabda Rasulullah 14 Abad Lalu Kini Telah Dibuktikan Oleh Kecanggihan Google Maps


Para pengguna internet, tentunya mengenal betul dengan aplikasi Google Maps. Kecanggihan aplikasi ini dirancang khusus agar dapat digunakan untuk menemukan tempat atau lokasi dengan informasi peta yang telah ditawarkan.

Namun percayakah anda jika teknologi Google Maps ini ternyata mampu membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah pada 14 abad yang lalu.

Ucapan Rasulullah yang mengatakan tentang jarak antara dua pintu surga yakni perjalanan dari kota Makkah-Hajar.

Dan pernyataan dari Rasulullah ini telah dibuktikan dengan kecanggihan aplikasi Google Maps seperti dikutip dari palingseru.com.

Dalam kecanggihan teknologi di dunia modern ini, Google Maps memperlihatkan hasil jarak yang sama dengan apa yang diucapkan oleh Rasulullah.

Dalam hasil tersebut memperlihatkan jarak dari Makkah ke dua kota dengan menunjukan angka 1.272 km.

Sebelumnya Rasulullah pernah bersabda didepan para sahabatnya tentang jarak perjalanan dari kota Makkah-Hajar dalam hadits Abu Hurairah radhiallahu’anhU.

Bahwa Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda dalam HR. Muslim no. 287 yang berbunyi :

"Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu surga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra." (HR. Muslim no. 287).

Dan jika dilihat dari Google Maps menunjukan jika jarak dari Makkah ke dua kota yang berbeda itu sama-sama menunjukan angka 1.272 km itu berarti jarak yang diucapkan oleh Rasulullah sesuai dengan hasil GPS, Satelit, Pesawat, UAV ataupun roket luar angkasa.

Ini pastinya menjadi mukjizat yang luar biasa.

Kenapa luar biasa? sebab dulu saat Rasulullah lahir di abad ke-7, belum ada satelit dan bahkan tidak ada alat-alat canggih seperti sekarang ini.

Namun wallahu a'lam jika hasil jarak antara Makkah dengan Hajar tersebut sama dengan hasil Google Maps.

sumber http://www.sukasaya.com/

Menangis Mendengar Suara Merdu Presiden Turki Mengaji


Dalam sebuah video yang dimuat naik di youtube, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, kelihatan sedang melantukan ayat-ayat suci Al-Quran yang disaksikan langsung oleh pegawai yang lain.

Sungguh amat merdunya suara Erdogan takkala melantukan ayat-ayat suci Al-Quran. Ayat Quran yang dibaca adalah dari surah Al-Baqarah ayat 1-5.

Erdogan merupakan sosok pemimpin yang paling berpengaruh di Eropah bahkan di dunia.

"Orang-orang bertanya kepada saya tentang sebab kejayaan saya dalam membasmi bandar dari berbagai persoalannya. Maka saya katakan, kami mempunyai senjata yang tidak kalian miliki. Senjata itu adalah keimanan. Kami mempunyai akhlak Islam, teladan bagi umat manusia, Rasulullah Saw."

Mari lihat video Erdogan saat mengaji ...
Masya Allah,,, dengar ayat-ayat suci Al-Quran dilantukan dengan merdu membuat mata ini nangis, sebagaimana dilantukan oleh Erdogan.

sumber http://www.sukasaya.com/

Mengenai Saya