Permintaan Tidak Masuk Akal Syiah Iran Kepada Arab Saudi Mengenai Haji 2016

haji

Kerajaan Arab Saudi menyebut kerajaan Syiah Iran bertanggung jawab penuh atas gagalnya pelepasan puluhan ribu jamaah haji asal negara tersebut pada tahun 2016, selepas mengemukakan tuntutan tidak masuk akal kepada penganjur haji.

"Syiah Iran meminta hak untuk menguruskan demonstrasi dan untuk mendapatkan keistimewaan. Suatu hal yang akan menyebabkan kekacauan selama ibadah haji dan tidak akan boleh diterima, "ujar Setiausaha Adel al-Juberi pada Ahad 29 Mei dalam persidangan bersama dengan Menteri Luar Britain Philip Hammond.

Menteri Luar Adel al-Juberi melanjutkan, "Setiap tahunnya, Arab Saudi menandatangani memorandum persefahaman dengan 70 negara untuk menjamin keamanan dan keselamatan para jemaah haji. Akan tetapi di tahun ini Syiah Iran menolak untuk menandatangani memorandum. "

Walaupun tidak ada pemberangkatan rasmi daripada kerajaan Syiah Iran, Arab Saudi berjanji akan memudahkan perjalanan dan tatacara para jemaah Iran yang ingin menunaikan ibadah haji pada tahun 2016.

Hubungan kedua-dua negara memburuk selepas awal tahun 2016 ini Arab Saudi melaksanakan mati ulama Syiah terkenal, Nimr al-Nimr, yang mencetuskan aksi unjuk rasa di Iran dan berakhir dengan pemutusan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

sumber eramuslim.com

Iran Kembali Hidupkan Empayar Syiah Persia Dari Teheran Hingga Yaman

Dahi Khalfan

Wakil ketua polis bandar Dubai, Dahi Khalfan, mengingatkan negara-negara Arab bahawa Syiah Iran yang dipimpin Ali Khomeini sedang membina emperator Parsi yang terbentang dari Tehran ke kawasan utara Yaman.

Kenyataan ini dikatakan Dahi Khalfan bertindak balas terhadap campur tangan kerajaan Syiah Iran terhadap urusan di Timur Tengah, khususnya konflik di Iraq, Syria dan Yaman.

"Ada yang harus negara-negara Arab ketahui bahawa 60% kawasan di utara Yaman telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Syiah Iran di bawah Ali Khomeini," ujar Dahi pada hari Minggu (29/05) kemarin.

Dahi melanjutkan, "Luas wilayah Iran saat ini bukanlah bersempadan dengan Syria dan Iraq, akan tetapi telah mencapai kawasan utara Yaman."

Sementara itu dalam kesempatan lain, Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubaeir dalam wawancaranya dengan surat khabar Frankfurt Jerman mendesak Syiah Iran untuk segera menghentikan projek emperator Parsi dan mencampuri urusan dalaman bangsa Arab.

sumber eramuslim.com

Kisah JUHA


Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.

Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

Belakang Bererti Hadapan

Abu Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Juha* di Kufah. Ketika itu dia sengaja datang ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari.

“Wahai Syeikh! Di mana rumah tuan hakim?” Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu.. “Wara’aka (di belakangmu).” Jawab Syeikh itu. Maka Abu Bakar pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud. “Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang?” Tegur Syeikh itu tiba-tiba.. “Tuan kata “di belakangmu”, jadi saya balik ke belakanglah.” Jawab Abu Bakar.. “Dengarlah saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah ....” Lalu Syeikh itu membaca surah Al-Kahfi, ayat 79 yang ertinya:

“Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.”

“Ikramah berkata,” Kata syeikh itu lagi. “Di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka.” Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham bahawa rumah tuan hakim yang sedang dicarinya ada di hadapannya. “Subhanallah......” Kata Abu Bakar kagum. Kemudian dia bertanya: “Syeikh ini Abu siapa......?” . “Abul Ghusn.” Jawabnya.. “Nama yang sebenar?” Tanya Abu Bakar lagi.
“Juha.” Jawabnya.

Ubbad bin Suhaib juga menceritakan pengalaman yang sama dengan Abu Bakar Al-Kalbi ketika datang ke Kufah. Dia datang ke kota itu untuk mendengarkan tilawah Al-Quran dari Syeikh Ismail bin Abi Khalid. Ketika dia sedang tercari-cari tiba-tiba bertemu dengan seorang Syeikh sedang duduk-duduk. “Wahai syeikh, di mana rumah Ismail bin Abi Khalid?” Tanya Ubbad bin Suhaib. “Terus ke belakang.” Jawab orang tua itu. “Jadi aku mesti berpatah balik?” Tanya Ubbad. “Aku cakap di belakangmu, mengapa mesti berpatah balik.” “Tuan cakap wara’aka, bererti kan di belakangku.” Kata Ubbad bin Suhaib. “Bukan begitu. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku tentang firman Allah “Wa kana wa ra’ahum”, maksudnya “di hadapan mereka.”

Ubbad kagum akan kecerdikan orang tua itu..“Siapa nama tuan?” Tanya Ubbad.. “Nama saya Juha.” Jawab orang tua itu.


Pekikan Jubah 

Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.
.
“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya lelaki itu kepada Juha. “Jubahku jatuh dari atas rumah.” Jawab Juha. “Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” “Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” Kata Juha.


Kubur Di Atas Tanah 

Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya.

Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke perkuburan..“Buat apa kayu itu?” Tanya orang ramai.

“Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.


Unta Minta Upah? 

Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya.

“Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” Tanya seseorang kepadanya. “Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya.” Jawab Juha.

Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.
Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hariraya Aidiladha agar kita dapat menyembelih kurban bersama.”


Kambing Ajaib

Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi dan membeli sebuah kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak- tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.

Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang. “Celaka kamu, apa ini?” Kata ayahnya.. “Itulah kepala yang ayah minta.” Jawab Juha. “Mana kedua-dua matanya?” Tanya ayahnya lagi.. “Ia adalah kambing buta.” Jawab Juha.. “Mana kedua-dua telinganya.” . “Kambingnya tuli.” Jawab Juha. “Lidahnya juga tidak ada, ke mana?” Tanya ayahnya. “Kambing itu kelu agaknya.” Jawab Juha. . “Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?” “Kambingnya botak.” Jawab Juha. Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi. “Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain.” Kata ayahnya. .“Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” Jawab Juha.


Membeli Bangkai

Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati. “Boleh jual kepadaku burung itu?” Tanya Juha. “Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa?” Tanya budak-budak itu. “Aku memang ingin memilikinya.” . “Kalau nak juga, sila beli.” Kata budak-budak itu.

Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang. Sesampainya di rumahnya, ibu hairan dan marah. “Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu?” Tanya ibunya. “Diamlah bu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya.” Jawab Juha.

sumber http://nikmoh707.blogspot.my/

11 Perkara yang sering kita lupa-Imam Ibnul Qayyim

Buko Poso 2

KITA TAHU TAPI…

Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah pernah mengisahkan, seorang anak perempuan meninggal kerana taun, kemudian ayahnya melihatnya di dlm mimpi, maka ayahnya berkata kpdnya, “Wahai anakku kabarkan kpdku tentang akhirat!”

Anak perempuan itu menjawab, “Kami telah melewati perkara yg sangat besar, dan sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya. Demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yg tertulis dlm lembaran amalku lebih aku sukai drp dunia dan seluruh isinya..”

Berkata Ibnul Qayyim, “Anak perempuan itu telah mengatakan perkataan yg dlm maknanya (sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkan), akan tetapi banyak di antara kita yg tidak memahami maknanya..”

“Kita mengetahui, bahwa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dlm sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari yg kita lalui tanpa mengucapkannya sedikit pun.”

“Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dgn pahala 360 sedekah. Akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukannya.”

“Kita mengetahui, bahawa orang yg berpuasa sunnah kerana Allah satu hari sahaja, akan dijauhkan wajahnya drp api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi sayang, kita tidak sanggup menahan lapar.”

“Kita mengetahui, bahawa siapa yg menziarahi orang yg sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yg memohon keampunan utknya. Tetapi sayang, kita belum juga menziarahi seorang pun yg sakit di bandar ini.”

“Kita mengetahui, bahawa sesiapa yg membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan utknya sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak utk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dgn beberapa ringgit.”

“Kita mengetahui, bahawa sesiapa yg membantu janda dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yg berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka atau orang yg solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat utk membantu seorang pun janda dan anak yatim.”

*Kita mengetahui, bahawa orang yg membaca satu huruf dari Al-Quran, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dlm jadual harian kita.”

“Kita mengetahui, bahawa haji yg mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat utk menunaikannya, padahal kita mampu utk menunaikannya.”

“Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yg paling mulia adalah yg paling banyak mendirikan solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para shahabatnya tidak pernah meninggalkan solat malam di tengah kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam.”

“Kita mengetahui, bahawa hari kiamat itu pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yg ada di dlm kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri utk hari itu.”

“Kita sering menyaksikan orang-orang yg meninggal dunia mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu larut dan lalai dgn senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya di dunia dan tidak akan pernah menyusul pemergian mereka.”

Wahai saudaraku yg di rahmati Allah, semoga kita segera merubah keadaan kita mulai detik ini dan mempersiapkan datangnya hari perhitungan yg pasti akan kita hadapi.

Hari di mana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan kita di dunia.

Hari ketika lisan kita dikunci, sedangkan mata, kaki dan tangan kita yg menjadi saksi.

Dan pada hari itu, setiap orang akan lari drp saudaranya, ibu dan bapanya, teman-teman dan anaknya, kerana pada hari itu setiap orang akan disibukkan dgn urusannya masing-masing.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kpd orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kpd orang yg kamu cintai.

sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/

Tazkirah Tentang Kematian- Syekh Ali Thanthawi Mesir

h 3

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari…..

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah “Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. “Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tazkirah KEMATIAN di atas Semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku… kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Saya juga ingin memohon maaf atas apa jua kesalahan.

sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/

Takut Roket Mujahidin, Zionis-Israel Tanam Pokok


Komander tentera Zionis Israel untuk wilayah selatan memerintahkan tenteranya untuk menanam pokok di wilayah terbuka sepanjang sempadan Semenanjung Gaza, kerana takut menjadi sasaran serangan roket pejuang Palestin yang tidak dapat dihalau Iron Dome.

"Penanam pokok bertujuan untuk melindungi dan menutupi konvoi tentera ataupun orang awam yang sedang lewat dari serangan mendadak pelancar roket ataupun bom tangan di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza," tulis Walla dalam artikel terbitannya pada 22/05/16.

Maklumat yang diperoleh Walla menyatakan bahawa ditahap pertama penanaman pokok di fokuskan di sepanjang laluan kereta yang berada dekat dengan kawasan sempadan Gaza.

Sementara itu disisi lain, komander wilayah selatan mendakwa berjaya menemui semula sejumlah terowong bawah tanah yang didakwa milik Hamas dan bersedia untuk menyerang wilayah perbatasan sewaktu-waktu.

sumber eramuslim.com

Pacar / Kekasih Hati Kamu Pendaki? Berikan Kado Ini Sebagai Bukti Cintamu

"Seorang pendaki juga membutuhkan cinta dan kasih sayang walaupun terlihat setegar gunung yang ia daki dan taklukkan puncak gunung tersebut" - Idekadoku.

Hai sobat Idekadoku, apa kabar semuanya? Semoga sobat baik semua keadaannya yah baik kesehatan, jodoh, pekerjaan, dan lain sebagainya. ^_^

Berdasarkan kamus bahasa Indonesia, pendaki adalah orang yang mendaki. Atau dalam benak sobat dan orang kebanyakan, pendaki merupakan seseorang yang mendaki gunung baik itu gunung yang sudah mati maupun gunung yang masih aktif. 

Jika sobat memiliki kekasih hati (pacar / istri / suami) seorang pendaki, maka pasti kehidupan kalian tidak terlepas dari gunung dan traveling ( jalan-jalan :D ) ke tempat alam terbuka. Kehidupan tersebut patut disyukuri karena tidak semua orang dapat merasakan hal tersebut.

Nah, seorang pendaki tersebut yang sobat cintai, sudah selayaknya ketika ia ulang tahun ataupun acara tertentu ataupun hanya ingin menciptakan momen romantis maka memberikan sebuah kado istmewa layak diberikan untuk kekasih hati.

12 Kado untuk Pendaki Gunung

Idekadoku sudah menyiapkan beberapa ide kado untuk pendaki yang bisa sobat jadikan referensi dan ide untuk memberikan kado istimewa baginya. Simak yah sobat beberapa ide kado untuk pendaki gunung dibawah ini :

1. Ide Kado Pisau Saku Lipat Serbaguna

Saking terkenalnya, biasanya orang-orang menyebutnya pisau lipat swiss army. Sebenarnya pisau ini merupakan pisau saku lipat serbaguna, dimana terdapat beberapa fungsi di dalamnya seperti untuk memotong, mengupas, menggunting, menggergaji, membuka botol, dan fungsi lainnya yang dapat digunakan untuk kepentingan apapun saat berada di alam bebas terutama untuk para pendaki gunung. Alat yang serbaguna ini dapat menjadi ide kado pendaki.

Ide Kado untuk Pendaki_Pisau Saku Lipat Serbaguna

2. Kado Tas Carrier / Keril / Backpack

Ini merupakan barang utama ketika akan mendaki gunung, yaitu tas keril / carrier / backpack. Tas tersebut berisi semua perlangkapan dan peralatan untuk hidup sehari-hari seorang pendaki ketika sedang mendaki gunung. Memberikan kado tersebut seperti menyatakan bahwa dirinya merupakan hal terpenting dalam hidup sobat.

Ide Kado untuk Pendaki_Tas Keril Carrier Karrier Backpack_Idekadoku

3. Kado Tempat Tidur Luar Ruangan (Sleeping Bag)

Mau selalu diingat kekasih hati saat ia tidur di gunung atau alam bebas? Coba berikan kado sebuah sleeping bag. Hal tersebut akan mengingatkannya bahwa ada yang menjaganya dan menghangatinya dalam mengarungi kehidupan ini.

Ide Kado untuk Pendaki_Sleeping Bag Tempat Tidur

4. Ide Kado Trekking Pole (Tongkat Pendakian)

Jangan anggap sepele barang ini, karena trekking pole (tongkat pendakian) ini dapat membantu kekasih hatimu melewati setiap hambatan yang ada di gunung saat ia mendakinya. Seperti ada yang menguatkannya untuk terus maju, seperti kamu sobat.

Ide Kado untuk Pendaki_Trekking Pole Tongkat Pendaki

5. Kado Sepatu Gunung

Hadiah sepasang sepatu gunung juga dapat menjadi sebuah kado istimewa dari sobat karena dengan adanya sepatu tersebut, dapat membuat ia bisa berjalan dan mendaki dengan rasa aman dan nyaman. Seperti sobat kan, memberikan rasa aman dan nyaman,

Ide Kado untuk Pendaki_Sepatu Gunung

6. Kado Jaket

Gunung memiliki ketinggian tertentu dimana udaranya dingin sehingga bagi seorang pendaki, memiliki jaket merupakan hal penting lainnya. Ok, sobat bisa memberikan kado jaket gunung tersebut kepada kekasih hatimu.

Ide Kado untuk Pendaki_Jaket Gunung


Baca Juga : Ide Kado Unik untuk Guru

7. Kado Topi

Saat siang hari, cuaca panas, maka topi menjadi hal penting lainnya untuk melindungi diri si pendaki. Jadi sobat bisa memberikan sebuah kado topi untuk pendaki agar merasa terlindungi kepalanya dari sengatan matahari.

Ide Kado untuk Pendaki_Topi Gunung

8. Ide Kado Tempat Minum Air

Beri hadiah botol air istimewa kepada dirinya, si pendaki. Setiap kali ia minum dari botol air (tempat minum air) yang diberikan olehmu, maka ia akan teringat dirimu. So sweet kan..... :)

Ide Kado untuk Pendaki_Botol Air Gunung

9. Kado Kompor Kecil

Pendaki ketika ia berkemah, maka ia akan perlu air panas untuk memasak mie ataupun hanya sekedar menyeduh teh atau kopi. Selain itu juga perlu makan nasi yang harus dibuat dengan menggunakan api. Walaupun api bisa diciptakan melalui ranting-ranting yang ada di gunung, namun alangkah baiknya dan lebih cepat dengan menggunakan kompor kecil khusus pendaki. Kado kompor kecil bisa menjadi sebuah referensi ataupuin inspirasi ide kado untuk pendaki.

Ide Kado untuk Pendaki_Kompor Kecil Gunung

10. Kado Kompas  

Jangan sampai kekasih hatimu ( pacar / istri / suami ) kehilangan arah saat mendaki sehingga mengalami tersesat. Jangan biarkan tersesat. Beri lah kado sebuah kompas kepadanya agar ia tahu kemana arah perginya.

Ide Kado untuk Pendaki_Kompas Gunung

11. Kado Jam Tangan Gunung

Waktu sangat berharga, oleh karena itu, berikan kado sebuah jam tangan gunung ataupun jam tangan khusus ekstrim outdoor kepadanya agar ia dapat mengetahui waktu. Sehingga ia akan pulang tepat waktu untuk bertemu dirimu, sobat.

Ide Kado untuk Pendaki_Jam Tangan Gunung

12. Hadiah Kacamata

Ini hanyalah sebuah aksesoris dalam pendakian. Kado kacamata juga bisa menjadi sebuah kado istimewa loh. Kacamata pasti akan dilihat olehnya terus menerus karena kacamata tepat berada di depan matanya. Hehehehe.... ^_^

Ide Kado untuk Pendaki_Kacamata Gunung

Ok sobat, bagaimanakah 12 ide kado untuk pendaki diatas menurut sobat? Sudah bisakah sobat mendapatkan ide kado untuknya yang tepat dan istimewa? Jika belum, jangan lupa untuk beri komentar agar Idekadoku bisa menambahkan ide kado tersebut sehingga dapat membantu sobat diluar sana yang mengalami kesulitan dalam mencari kado untuk kekasih hati (pacar / istri / suami) seorang pendaki. Oia, ide kado untuk pendaki tersebut bisa diberikan saat ia ulang tahun ataupun saat momen tertentu.

Jumlah Jam Tidur Di Seluruh Dunia

Menjadi salah satu keperluan asas manusia selain makan dan minum, tidur dengan kualiti yang baik bagi akan sangat membantu seseorang untuk menujang aktiviti di siang hari, khususnya dalam menjemput rezeqi Allah Subhanahu Wata'ala.

Tidak hanya di utus untuk menuyempurnakan agama Islam, baginda Rasullullah ï·º juga telah mengajar umatnya untuk terus tidur selepas waktu Isyak dan bangun ketika satu pertiga malam untuk bermunajat kepada Allah.

Tidur memang sebuah kegiatan yang kadang dipandang remeh, akan tetapi tahukah kita bahawa untuk urusan berapa lama seseorang perlu tidur dalam sehari? Pelbagai kajian dilakukan untuk mengetahui lama tidur seseorang yang ideal dan waktunya.
infografik jumlah tidur di dunia


Salah satunya adalah kajian terbaru yang dilakukan Sky News mengenai jumlah masa dan kualiti tidur di pelbagai negara dunia yang dilakukan terhadap 417 ribu responden dari 20 negara di dunia.

Dalam kajian beliau, Sky News mendapati bahawa lama masa tidur seseorang belum tentu menunjukkan kualiti tidur yang dimiliki, termasuk Amerika sebagai negara besar dan super power di mana masyarakatnya kebanyakan tidak dapat merasakan nikmatnya tidur. (Skynewsarabia / Ram)

Lalu negara mana sahaja dengan waktu tidur terbanyak? Berikut infografiknya untuk anda:

1. New Zealand menjadi negara terbanyak dengan waktu tidur rata-rata selama 7:21 minit

2. Belanda menjadi negara kedua dengan dengan waktu tidur rata-rata selama 7:16 minit

3. Diikuti Australia dengan waktu tidur rata-rata selama 7:14 minit

4. Kemudian ada Inggeris dengan waktu tidur rata-rata selama 7:13 minit

5. Belgium ada diposisi kelima dengan masa tidur rata-rata selama 7:09 minit

6. Sweden ada diposisi keenam dengan waktu tidur rata-rata selama 7:07 minit

7. Denmark ada diposisi ketujuh dengan waktu tidur rata-rata selama 7:05 minit

8. Mexico dengan waktu tidur rata-rata selama 6:26 minit

9. Korea dengan waktu tidur rata-rata selama 5:44 minit

10. Dan Jepun di kedudukan terakhir dengan waktu tidur paling sedikit iaitu 5:36 minit.

sumber eramuslim.com

DUNIA Israel Dilanda Gelombang Panas

panas

ISRAEL selatan dilaporkan telah dilanda suhu tertinggi pada Ahad (15/5/2016), dengan suhu mencapai 47 ° C di kibbutz Yotvata dan 46 ° C di Lembah Yordan dan Eilat. Akibat kejadian ini, 442 orang yang dirawat kerana keadaan yang berkaitan dengan panas sejak Sabtu (14/5/2016) pagi. Bomba juga berkawal di seluruh titik kebakaran yang mungkin terjadi.

Gelombang panas yang berat telah menyelimuti Israel sejak Ahad (15/5/2016) pagi dan dijangka akan terus berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga hari Selasa (17/5/2016), Ynetnews melaporkan.

sumber islampos.com

Jean Claude Van Damme: Tirulah Gaya Hidup Nabi Muhamad SAW, Kamu akan Sihat!

van damme

Jean-Claude Van Damme merupakan pelakon asal Belgium yang terkenal dengan aksi-aksi laganya. Dengan tubuh yang sangat prima di usia 55 tahun, Van Damme ternyata mempunyai cara yang tak diduga dalam menjaga kesihatan tubuhnya. Van Damme mengaku mengikuti kebiasaan hidup dari Nabi Muhammad SAW.

Dalam sebuah sesi temu bual, Van Damme ditanya mengenai pola makan yang sihat. Van Damme kemudian menjawab bahawa ia mengikuti pola makan seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Islam. "Bacalah. Penemuan-penemuan daripada Muslim, banyak perkara baik (di situ). Nabi Muhammad sangat bijak, "kata Van Damme mengawali penjelasannya.
Van Damme menilai Nabi Muhammad SAW sebagai sosok yang bijak kerana beliau dapat mengetahui apa yang baik dan tidak baik bagi tubuh di masa depan. Seperti yang telah diketahui, Rasulullah telah memberi contoh gaya hidup yang mengelakkan makanan atau minuman yang mempunyai kesan tidak baik bagi kesihatan tubuh. Salah satu yang dicontohkan ialah alkohol.
"Beliau (Nabi Muhammad) mengetahui apa yang baik untuk masa depan, mengenai tubuh," tambah Van Damme.

Tak hanya sekadar mengikuti gaya hidup ala Rasullullah, Van Damme pun mengajak agar orang-orang untuk membuktikan sendiri manfaat baik dari meniru gaya hidup Rasulullah juga. Bagi Van Damme, semua yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh telah ada dalam ajaran mengenai pola makan sihat yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad.

"Percayalah pada saya, kamu mendapatkan semua yang kamu perlukan di situ," pesan Van Damme.

sumber eramuslim.com

Aktor Fast & Furious Tyrese Gibson Merasa Tenang Dengan Islam


Pertengahan tahun lalu pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson diberitakan telah memeluk Islam. Namun pada masa itu kabar itu dibantah oleh Tyrese Gibson.

Namun beberapa hari lalu, pada 8 Mei 2016, Gibson menyiarkan gambar dirinya sedang bersujud di sebuah masjid di Qatar. Foto itu dimuat naik di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya. Dalam gambar itu Gibson kelihatan memakai sepasang jubah putih.
tyrese gibson
Dalam keterangan fotonya, Gibson menulis:

"My first visit ever to a Mosque my heart is been beating so fast and I felt vulnerable just by walking inside - I was given my first course on HOW to properly pray and I truly feel blessed ...... .. Shout to all of the believers around the world ...... Inshallah my visions will be blessed for the Middle East - "

tyrese gibsonGibson bahawa itu adalah kunjungan pertamanya ke sebuah Masjid yang membuat perasaan gemuruh, jantung saya berdegup sangat kencang (my heart is been beating so fast) dan melahirkan perasaan rapuh ketika berada di dalam masjid tersebut. Semasa berada di Masjid di Qatar ini, dia telah diberikan kursus untuk mempelajari tata-cara sholat dengan benar dan saya merasa sangat diberkahi, tulis Gibson pada caption fotonya itu.

Postingan ini menimbulkan keriuhan pada para peminat pemain Roman Pearce pada filem The Fast and The Furious ini. Hingga saat ini posting di Facebooknya itu telah mendapat 124 ribu likes, 19.259 share, dan 4800 komen.

Foto Gibson yang sedang sujud di masjid itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan para fans sama ada pelakon itu telah memeluk Islam atau ia baru dalam proses mempelajari agama Islam.

Banyak yang bergembira dan mendoakan serta mengalu-alukan Gibson dalam pelukan Islam.

"Selamat datang ke dalam Islam, saya sangat gembira untuk anda. Allah telah memberi anda peluang untuk melihat kebenaran dan semoga anda dilindungi dan diberi petunjuk olehNYA Insha-Allah, "tulis Nabou Gina Mbengue.

Namun ada pula yang mengingatkan Gibson agar "tidak terjerumus" ke dalam Islam dan tetap mempercayai Tuhan Yesus.

"I thought you were a Christian Tyrese and believed in God .. What are you doing in a mosque and worshiping Allah? I'M sorry but you can not worship two God 's as there is only one !! The Lord Jesus Christ !! You need to make a choice and make it quick! "Tulis Tara Tucker dalam ruang komen.

Sampai saat ini belum ada kenyataan yang jelas dari Tyrese Gibson sama ada dirinya masuk Islam atau hanya sedang mempelajari Islam.

Kita doakan semoga Tyrese Gibson mendapat hidayah Islam. Kembali ke dalam fitrahnya, sebagaimana ketika dia masih menjadi janin dan memberikan kesaksian tauhid.

sumber eramslim.com

Hukum Mencukur Bulu Kemaluan Dan Manfaatnya Menurut Islam

Sahabat dunia islam, Satu hal yang sebenarnya sederhana, namun tidak banyak muslimin mengetahuinya, bahkan enggan menanyakan, padahal hal ini ternyata merupakan sunah Rasulullah SAW yaitu Hukum Mencukur Bulu Kemaluan Dalam Islam. seperti yang di kutip majalah ummi online, ternyata mencukur bulu kemaluan termasuk fitrah baik, seperti yang disabdakan Rasulullah SAW, dari Abu Hurairah ra:

“Fitrah ada 5: khitan, mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, potong kuku, dan mencabut bulu kemaluan.” (HR. Bukhari 5891 dan Muslim 257).

Islam mengajarkan agar bulu-bulu tersebut dicukur secara rutin, demikian menurut Prof. Abdul Jawwat Khalaf dalam bukunya yang berjudul Syi’ru wa-ahkamuhu fi al-Fiqh al-Islami. Karena hal ini bukan tanpa alasan, karena ternyata ada banyak manfaat dari anjuran Nabi ini, yang paling utama persoalan kebersihan dan kesehatan.

Para ulama sepakat jika mencukur bulu kemaluan adalah hukumnya sunah. Namun mereka masih berselisih pandang, apakah lebih dianjurkan dicabut atau dicukur? Menurut mazhab Hanafi sunahnya adalah mencabut, sedang mazhab Maliki malah berpandangan sebaliknya jika sunah membersihkan bulu disekitar kemaluan justru bukan di cabut, namun mencukurnya. Mazhab Syafi’i mempunyai pandangan berbeda pula, membedakan antara muslimah yang masih muda atau lajang dan perempuan yang telah lanjut usia. Bagi mereka yang masih muda  dengan metode mencabut , sedang yang sudah lansia boleh mencukurnya.

Dalam perspektif Mazhab Hambali, sebaiknya membersihkan bulu disekitar area vital ini ialah dengan metode mencukur, dan ini disetujui oleh komite Tetap Kajian dan Fatwa Arab Saudi. Disamping itu lembaga ini mengemukakan hikmah dan manfaat dari anjuran mencukur bulu sekitar alat vital ini yakni disamping menjaga kebersihan kulit disekitar area kemaluan, membantu meningkatkan pembuluh darah saat berhubungan seksual tentu menghindari penyakit akibat beberapa bakteri yang tumbuh dan berkembang disekitar bulu-bulu tersebut. Dan hendaklah selalu mencukur rutin dalam rentang waktu 40 hari.

Apakah sunahnya memang diberi rentang waktu selama 40 hari? Bagaimana jika melebihi atau kurang dari waktu itu? Ternyata memang demikian adanya karena hal ini sudah tertera pada hadis Nabi Muhammad SAW:

Riwayat dari Muslim dan Anas bin Malik ra:

 “Kami diberi waktu dalam memendekkan kumis, mencukur kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh malam.”

Syaukani mengatakan, jika Rasulullah sudah mematok waktu rentang 40 hari untuk waktu terbaik mencukur bulu kemaluan, dan ini berarti tidak diperkenankan melebihi dari waktu tersebut, namun jika dalam rentang sebelum waktu 40 hari, Anda berniat memotongnya maka diperbolehkan.

Manfaat Mencukur Bulu Kemaluan Dalam Islam

Mengapa Rasulullah mematok 40 hari seperti yang di jelaskan dia atas, Hal tersebut tentu ada sebab mengapa hitungannya tak diperkenankan melebihi waktu tersebut, hal ini dimungkinkan batasan waktu tersebut bulu-bulu disekitar area vital telah banyak dan mulai menganggau aktivitas seksual juga sudah cukup waktu untuk tumbuh kembangnya bakteri yang sangat merugikan kesehatan manusia. Dan jika Manusia mengetahuinya, hendaknya mengikuti sunah Rasulullah tersebut, karena hal ini lebih baik baginya, seperti firman Allah SWT:

 “Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya.” AQ. Al-Hajj: 30.
Hukum Mencukur Bulu Kemaluan Dan Manfaatnya Menurut Islam


Mengenai batasan waktunya itu, imam an-Nafrani dari mazhab Maliki pada kitabnya yang berjudul al-Fawakih ad-Dawani memaknai jika hal itu bisa dikatakan cukup fleksibel, tak hanya terpatok harus 40 hari baru dicukur, namun menurut kebutuhan. Hal ini dikuatkan pula oleh imam al-Iraqi dalam kitab Tharh at-Tatsrib yang menyatakan tidak ada batasannya kapan harus mencukurnya, jika dinilai sudah cukup panjang, maka segeralah mencukurnya.

Sahabat dunia islam, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan pula dalam pencukuran ini, semisal siapakah yang bisa melakukan pencukuran tersebut? An nawawi menjelaskan jika harus orang yang bersangkutan, tidak boleh dilakukan oleh orang lain kecuali suami sendiri—yang hukumnya pun dianggap makruh.

Mengenai doa sebelum mencukur bulu kemaluan, Tiada doa khusus saat muslim akan mencukur bulu kemaluan, hal ini dikarenakan tiada penjelasan dari keterangan ulama pada buku-buku fikih mengenai hal ini, jika tidak berdoa-pun tidak mengapa. Hanya saja karena seseorang jika akan melakukan sesuatu yang tujuannya baik, dan saat membuka aurat itu  bisa jadi terlihat oleh jin, maka diharapkan membaca basmallah atau doa masuk kamar mandi seperti yang tertera dalam hadis berikut: dari Ali bin Abi Thalib ra, Nabi SAW bersabda:

 “Penutup antara pandangan jin dan aurat bani adam adalah ketika mereka masuk kamar mandi, mengucapkan bismillah.” (HR. Turmudzi ).

sumber http://www.duniaislam.org/

Perang Cuaca?

Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas luar biasa sejak beberapa bulan lepas dan dijangka berlanjutan hingga bulan September. Beberapa tempat di Kedah, Perlis dan Pahang mengalami suhu panas mencecah 40 Celcius. Gelombang panas ini dikatakan berpunca dari fenomena El-Nino yang berlaku sekitar dua atau tujuh tahun sekali.

Cuaca panas yang bermula sejak Disember tahun lepas menyebabkan beberapa sungai utama mulai susut hingga hampir kontang. Beberapa buah empangan juga seperti empangan Sungai Selangor hampir mencapai paras kritikal. Empangan Tasik Merah pula sudah kering hingga kerajaan Perak mengisytiharkan tempat tersebut kawasan bencana.
 
Beberapa bahagian di Sungai Pahang juga telah kering



Sungai Golok di Rantau Panjang hampir kering




Tiada Lagi Tasik Di Taman Tasik Bukit Merah

Keadaan kemarau luar biasa ini bukan sahaja dialami di Malaysia tetapi dialami banyak tempat diseluruh dunia hinggakan terdapat kawasan mencatat suhu 74 Celcius di Bandar Mahshahr sebuah wilayah di Iran yang mempunyai 110,000 penduduk. antaranya lagi Jask, Iran 69 Celcius dan Baghdad 50 Celcius. Sebagai bandingan tahap air mendidih pada 100 Celcius.
 
Persoalan timbul kenapa terdapat kawasan kemarau luarbiasa di seluruh dunia? Atmosfera yang lebih panas sepatutnya mengandungi lebih banyak wap air (lebih 7% untuk setiap darjah pemanasan). Terdapat lapuran mengatakan terdapat program geoengineering atau program pengawalan radiasi solar yang mengganggu kitaran hydrology dunia.

Teknologi pengawalan cuaca bukanlah perkara baru, diberitakan bahawa kerajaan Malaysia sendiri pernah mengambil kepakaran Russia bagi menghilangkan jerubu besar pada tahun 1997. Malaysia dikatakan mengambil kontrak syarikat Russian Weather Modification Company untuk membuat hurricane yang menghalang jerubu dari terus menyelubungi kawasan Bandar. Projek tersebut dikatakan berjaya dan langit kembali cerah.



Oleh itu terdapatnya fenomena cuaca luar biasa kemungkinan didalangi oleh organisasi tertentu bagi mencapai matlamat mereka untuk mengambil kesempatan keatas negara yang terlibat. Climate engineering dikatakan sebagai perang cuaca (weather warfare) bagi menjatuhkan kerajaan dan tamadun negara tersebut.

Keadaan kemarau ini mengingatkan kita tentang peristiwa Dajjal yang akan muncul di akhir zaman. Kita sebagai umat Islam telah diberi amaran oleh Nabi Muhammad s.a.w, Nabi akhir zaman tentang munculnya Dajjal dalam tempoh kemarau yang teruk. Dajjal menggunakan keadaan kemarau ini untuk menyesatkan manusia.

Berdasarkan sebuah hadis yang suatu hari pada musim kemarau, Dajjal akan bertanya, “Apakah kamu menginginkan api atau air?” Jika menjawab air, itu bermakna api yang diberikannya, Jika jawapannya api, ia akan memberi air. Kamu akan diberikan air jika kamu mengakui Dajjal adalah Tuhan dan bila kamu murtad dari agama Allah. Apabila kamu lebih memilih api tetapi tetap berada di jalan Allah, maka kamu akan dibunuhnya.

Dajjal membawa api dan air; Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman.”

Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka; Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudahkah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.”

Dajjal membawa sungai air dan sungai api; Dari Abu Hudzaifah berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu karena itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak.

Dajjal merupakan cubaan paling besar yang menimpa manusia di dunia. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Wahai manusia sesungguh tidak ada makhluk di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Adam sampai hari kiamat yang fitnah lebih besar daripada Dajjal.”

Dalam sebuah hadits sahih disebutkan,

Ù…َا بَÙŠْÙ†َ Ø®َÙ„ْÙ‚ِ آدَÙ…َ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ù‚ِÙŠَامِ السَّاعَØ©ِ Ø®َÙ„ْÙ‚ٌ Ø£َÙƒْبَرُ Ù…ِÙ†َ الدَّجَّالِ

“Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya (cobaannya) lebih besar dari Dajjal.” (HR. Muslim no. 2946) An Nawawi rahimahullah menerangkan, “Yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal.”
Rujukan; 
  1. http://www.geoengineeringwatch.org/category/drought-2/
  2. "Malaysia to Battle Smog With Cyclones", by Chen May Yee, Staff Reporter of the Wall Street Journal, The Wall Street Journal, Thursday, November 13, 1997, page A19
  3. http://infokemarau.water.gov.my/
  4. http://www.thebigwobble.org/2016/04/2016-global-inferno-its-second-highest.html



Hutang Budi Stalin dan Tentera Merah Pada Umat Islam Rusia

stalin

Pada masa pemerintahan Komunis di Kesatuan Soviet, hampir seluruh masjid di Rusia ditutup. Hanya Masjid Agung Moscow yang diterima tetap buka.

Masjid Moscow dibina pada 1904 berdasarkan inisiatif seorang ulama, B Alimov. Masjid itu dibina di atas tanah yang dibeli oleh saudagar bernama Habibul Akbulatov dan Sabirzyan Bakirov pada 1901, seperti yang dipetik daripada tabloid masjid berbahasa Rusia tersebut. Demikian ditulis Antara.

Masjid itu dibina oleh arkitek ternama Rusia, Nikolai Nikolaevich Zhukov, pada Jun 1904. Bangunan masjid yang terbuat dari batu tersebut berdiri pada November 1904.

Pada masa itu, Imam Masjid Agung Moscow, B Alimov, memfailkan permohonan untuk dapat melakukan salat di sana.

Sebulan kemudian, komuniti Muslim Moscow memutuskan anak tertua B Alimov, Muhammed Safi Alimov, sebagai imam masjid.

Di bawah kepimpinan beliau terjadi perluasan fungsi dan pembangunan masjid. Tak hanya sebagai tempat solat tetapi juga sekolah.

Pada era Kesatuan Soviet, Masjid Agung Moscow, merupakan satu-satunya masjid yang tidak ditutup.

Pada masa itu, berlaku pembunuhan para ulama di sekitar masjid. Namun tak menyurutkan nyali umat Islam beribadah di masjid itu.

Pada masa Perang Dunia II, saat Tentera Kesatuan Soviet mengalami kesulitan melawan Jerman, umat Muslim di Moscow justru mengumpul dana untuk membantu Tentera Merah dalam peperangan.

Pada saat itu, terkumpul 55.000 Rubles dalam bentuk tunai dan 20.000 Rubles dalam bentuk bon. Semua itu disumbangkan Muslim Moscow kepada Tentera Merah.

Tidak hairanlah, pemimpin tertinggi Kesatuan Soviet pada masa itu, Joseph Stalin, menghantar telegram yang mengandungi ucapan terimakasih kepada umat Muslim Moscow. Telegram itu ditujukan kepada Imam Masjid, Halil Nastrejinov, pada 1944.

"Mohon sampaikan salam saya dam ucapan terimakasih dari Tentera Merah kepada Umat Muslim Moscow," demikian tulis Stalin.

Sejak itu, berlaku perubahan politik pemerintah dengan kehidupan beragama, serta berlaku membaiki hubungan kerajaan dengan umat muslim Moscow.

Oleh kerana itu, tak hairan jika kemudian Presiden Rusia Vladimir Putin merasmikan masjid tersebut bertepatan dengan peringatan 70 tahun kemenangan Kesatuan Soviet dari Nazi Jerrman pada Perang Dunia II. Sebenarnya, masjid itu baru akan dirasmikan pada 2015.

Setelah dibina pada 2005, luas masjid tersebut mencapai 19.000 meter persegi dan boleh menampung lebih daripada 10,000 jemaah.

Pengubahsuaian masjid tersebut memerlukan kos 170 juta dolar AS.

Dana sebesar itu sebahagian besar dibiayai anggota Dewan Persekutuan Rusia dari Republik Dagestan, Suleyman Kerimov, Turki dan negara Timur Tengah lain. Bahkan Palestin pun memberikan sumbangan 25.000 dolar AS.

sumber eramuslim.com

Tolong Jangan Salah Sangka


Kebanyakkan manusia selalu tersalah sangka dengan maksud sebenar kehidupan.Penulis hanya menulis dengan mengulangi kembali petikan ceramah dari Dr Maza.Sebagai kebenarannya,jangan tersalah sangka tentang maksud ketenangan di dalam hidup.
Mari kita ikuti petikan ceramah dari Dr.Maza :
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,kemewahan mahupunkekayaan.Namun harus diingat walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukanlahsegala-galanya.Cuba direnungkan dengan sebaiknya betapa sebahagian orang yang duduk di dalam rumah yang besar dan tidur di atas katil yang empuk barangkali tidurnya tidaklah senyenyak jika dibandingkan pada sebahagian orang yang hanya tidur di dalam pondok buruk dan juga semisal dengannya.
Tambahan pula,bila direnungi lagi betapa ramai orang yang terdiri di hadapannya berbagai hidangan lauk-pauk yang hebat dan banyak untuk dimakan.Barangkali lidahnya itu tidaklah seenak untuk dibandingkan dengan sebahagian orang yang hanya makan dengan satu atau dua mata lauk.
Inilah hakikatnya,selalu orang akan menyangka tentulah seseorang itu akan bahagia jika dia mempunyai segala harta,kemewahan dan pangkat.Sebagai buktinya belum tentu ketenangan dan kebahagian itu miliknya.Harus diingatkan,saya berkata ini bukanlah untuk menggalakkan kita menjadi miskin atau hina tetapi untuk dilihat bagaimana Allah yang maha adil itu membahagi-bahagikan nikmat kepada setiap hamba-hambanya.
Walaupun seseorang itu dilihat kurang dari segi harta dan kekayaan yang dimilikinya tetapi Allah dengan kemuliaanNya melebihkan dia dengan ketenangan dan kebahagiaan di dalam hidupnya bahkan begitu juga dengan para nabi.Walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa kemewahan dan kekayaan di dalam hidup ini,tetapi mereka menggenggam kebahagiaan,ketenangan ataupun sakinah itu lebih dari sebahagian hidup insan yang lain yang punyai kekayaan serta kemewahan.
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang,ia tidak dapat dihalang oleh beribu tangan dihadapannya dan jika Allah ingin menyekat kebahagiaan seseorang ia tidak dapat dihulurkan oleh apa-apa tangan sekalipun.Kata Hamka di dalam tulisannya “LIHATLAH BAGAIMANA ALLAH MEMBAHAGI-BAHAGIKAN NIKMATNYA”. janganlah berasa sedih pada kehidupan yang kita miliki ini,renungilah dan hayatilah pada apa yang sudah kita miliki kerana apa yang telah kita miliki ini sebenarnya sudah harapan Allah pada diri kita .
Sebagai hakikatnya manusia selalu ingin bersyukur apabila diberi benda baru di dalam kehidupannya,sebenarnya tidak salah tetapi perlu diingat janganlah sampai terlupa untuk bersyukur pada apa yang telah kita miliki.Sebagai contoh,seorang hamba Allah yang tidak pernah pun bersyukur dengan nikmat mata atau nikmat lain yang diberikan Allah kepadanya,pada suatu hari Allah takdirkan dia kemalangan hingga menyebabkan  matanya buta.Pada kejadian itulah menyebabkan dia lebih memahami  tentang nikmat mata yang telah dikurniakan Allah kepadanya dan merayu supaya Allah memulangkan semula matanya.
Barangkali Allah sudahpun memberikan beratus nikmatnya kepada kita pada hari ini dan boleh jadi kita baru sempat untuk melafazkan rasa syukur itu baru sebanyak satu kali.Insan jika dia ingin menghitung nikmatNYA menyebabkan dia tidak mampu walaupun untuk membilang dengan jari-jemarinya
”Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS An Nahl [16]: 18)
“Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.”(Ibrahim :7)
Sebahagian para sarjana mentafsirkan kadang-kala syukur itu lebih tinggi makamnya dari sabar,ramai insan jika dia diuji dia mampu bersabar tetapi untuk melahirkan insan yang bersyukur pada segala nikmat yang telah Allah berikan padanya barangkali sedikit sekali jumlah bilangannya
“sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur” (QS Saba’ [34] : 13)

Mengenai Saya

Arsip Blog