Home » » Sebab Kenapa Pada Zaman Rasul Mushaf Al-Qur’an Tidak Ditulis di Kertas

Sebab Kenapa Pada Zaman Rasul Mushaf Al-Qur’an Tidak Ditulis di Kertas


Al Quran merupakan kalam Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW. Jika saat ini kita boleh membacanya dalam bentuk kitab tertulis, maka keadaan ini sangat berbeza ketika masih zaman Rasul.

Setiap ayatnya yang turun ditulis di pelepah kurma, lempengan-lempengan batu, tulang dan media tradisional lain. Sepeninggal Nabi, banyak sahabat yang gugur sehingga Umar bin Khattab meminta kepada Abu Bakar selaku khalifah ketika itu agar al Quran itu dikumpulkan.

Namun, walaupun ditulis dalam pelbagai benda, namun kesucian dan kemurnian Al-Qur'an tetap terjaga hingga kini. Lantas mengapa kala itu mushaf Al-Qur'an tidak ditulis di atas kerta seperti saat ini?

1. Kala itu Ayat Al-Quran Belum Turun Semuanya
Alasan pertama tidak ditulisnya mushaf Al-Qur'an di atas kertas pada zaman Rasulullah adalah kerana kala itu belum semua ayat Al-Qur'an diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Ayat Al-Qur'an yang turun hanyalah sepotong-potong bukan sekaligus.

Misalnya saja dalam satu surah, ayat-ayat tersebut masih dipotong lagi menjadi beberapa bahagian dan diturunkan secara random. Kadang-kadang ada ayat di bahagian depan yang turun belakangan dan sebaliknya.

Oleh kerana itu, pada masa itu lebih banyak bergantung pada hafalan dibandingan dengan tulisan. Hal ini juga disokong oleh daya ingat para sahabat Rasullullah yang sangat kuat. Selain itu, pada masa tersebut orang yang pandai dalam hal baca tulis jarang berlaku serta terbatasnya alat tulis.

Oleh sebab itu, apabila ada sahabat yang mendengar satu ayat maka mereka langsung menghafalnya dan menulis ayat tersebut pada pelepah kurma, lembaran kulit, batu putih yang nipis dan tulang bahu (binatang).

Adapun hadis yang menguatkan bahawa penulisan Al-Qur'an telah terjadi pada masa Rasulullah adalah hadis yang di Takhrij (dikeluarkan) oleh Al-Hakim dengan sanadnya yang bersambung pada Anas, ia berkata: "Suatu saat kita bersama Rasulullah s.a.w. dan kita menulis Al-Qur'an (mengumpulkan) pada kulit binatang. "

2. Kertas sukar didapati dan harganya Mahal
Kewujudan kertas sudah ada pada zaman Rasulullah. Namun kertas bukan satu-satunya cara yang boleh didapati serta suatu hal yang sulit didapat. Selain itu, harga kertas juga tidak semurah seperti zaman sekarang. Itulah penyebabkan kertas tidak digunakan sebagai satu cara penulisan mushaf Al-Qur'an pada zaman Rasulullah.

3. Rasulullah Tidak Memberikan Perintah Penulisan Mushaf dalam Satu Buku

Alasan mushaf Al-Qur'an tidak ditulis di kertas pada zaman Rasulullah SAW adalah kerana pada saat itu Rasulullah nyaris sama sekali tidak pernah memberikan perintah kepada sahabat untuk menuliskan mushaf dalam satu ikatan buku, walaupun sekadar mengisyaratkan juga tidak.

Adapun awal mula idea penulisan mushaf dalam satu ikatan buku disuarakan oleh Umar bin Khattab ra, namun Abu Bakar Ash-Shiddiq yang zaman itu menjadi khalifah menolak dengan mentah. Mushaf Al-Qur'an baru dibukukan pada masa Khalifah Utsman bin Affan, beliau menyeragamkan bacaan Al-Qur'an dengan zaman menyeragamkan penulisannya. Baru kemudia membukukannya ddengan menyalin semula ayat-ayat Al-Qur'an yang sudah ditulis pada masa Abu Bakar, sehingga menjadi mushhaf yang lebih sempurna yang akan dijadikan standard bagi seluruh kaum muslimin sebagai sumber bacaan dan hafalan lalu disalin semula dan dihantar ke daerah-daerah.

Demikianlah maklumat berkaitan alasan mushaf Al-Qur'an tidak ditulis di atas kertas pada zaman Rasulullah. Walaupun pada zaman dahulu Al-Qur'an ditulis di atas berbagai macam benda, namun Allah SWT senantiasa menjaga kesucian dan kemurniannya hingga hari akhir nanti. Oleh karenanya perbanyaklah masa untuk membaca Al-Qur'an agar Allah senantiasa memberikan keberkahan untuk hidup kita.

sumber 9trendingtopic.blogspot.com

0 komentar:

Posting Komentar

Mengenai Saya

Arsip Blog