Momoko: Selamat malam. Namaku Momoko Suzuki. Aku berkerja sebagai seorang doktor dan telah menjalani pengajian perubatan. Hari aku ingin menjadi Muslim dan mengucapkan dua kalimah syahadat.
(Para penonton bertepuk tangan dan melaungkan takbir!)
Mamoko: Ah, maaf. Sebelum ini aku ingin bertanya kenapa babi diharamkan dalam Islam?
Dr. Zakir Naik: Babi diharamkan dalam Quran tidak kurang dalam 3 ayat. Diharamkan disebutkan di surat Ma'idah [5]: 3, di surat Al-Baqarah [2]: 173, di surat An'am [6]: 145, dan surat An-Nahl [60]: 150. Allah berfirman dalam Quran "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah." (Qs. Al-Baqarah [2]: 173). Babi juga diharamkan dalam Bible, di kitab Ulangan 14: 8, di kitab Yesaya [65]: 5, dan juga kitab Imamat [11]: 7-8.
Mari kita bahas alasan logik, sebab saintifik kenapa babi diharamkan. Ilmu sains memberitahu kita bahawa jika kita makan babi, ada kemungkinan akan terdedah kepada kira-kira 70 macam parasit, di antaranya cacing pita, cacing tambang, pinworms, semuanya ada! Sebagai seorang doktor, tentunya kau pasti telah belajar di kuliah kedokteranmu, ada cacing yang dikenali sebagai tinia solium (cacing pita). Bahkan jika kau memasak daging babinya dengan baik, telur cacing ini tetap tidak akan mati. Jika telur cacing ini masuk ke dalam aliran darah, ia boleh terbawa hingga ke otak kamu dan menyebabkan kerosakan otak, ia juga boleh masuk ke mata dan menyebabkan buta, ia juga boleh masuk ke jantung dan menyebabkan kerosakan jantung, dan juga boleh masuk ke hati dan menyebabkan kerosakan hati. Pada saat kau sedar bahawa kau dijangkiti oleh cacing ini, telah berlaku kerosakan yang tidak boleh diubati. Jadi ini sangat berbahaya. Ada satu lagi parasit yang dikenali dengan nama trichura tichurasis. Ini adalah cacing yang ada dalam tubuh manusia dan menyebabkan kerosakan.
Di zaman sekarang sains juga memberitahu kita bahawa daging babi mempunyai kandungan lemak lebih banyak berbanding dagingnya. Dan oleh itu kita boleh diserang aterosklerosis (radang pembuluh darah). Ketika kau diserang penyakit ini, artinya lemak dalam daging babi itu telah menyumbat pembuluh darah kamu. Selain itu kau juga boleh terkena hipertensi (darah tinggi) kerana memakan daging babi. Dan itulah sebab orang yang makan babi punya banyak lipatan perut kerana mereka punya banyak lemak.
Sains juga memberitahu kita bahawa babi tinggal di tempat kotor dan suka memakan najis. Ia adalah binatang yang menjijikkan. Dan babi adalah satu-satunya binatang yang suka melihat temannya melakukan seks dengan babi lain. Babi adalah binatang yang paling tidak tahu malu di muka bumi ini. Inilah sebab kenapa kami sebagai Muslim tidak makan babi.
Mamoko: Aku mengerti, terima kasih banyak.
Dr. Zakir Naik: Insya Allah, mudah-mudahan semenjak sekarang kau tidak akan makan babi lagi.
Mamoko: Aku tidak mau makan babi.
Dr. Zakir Naik: Masya Allah, sangat bagus.
Dr. Zakir Naik: Saudari, apakah kau percaya Tuhan hanya satu?
Mamoko: Ya.
Dr. Zakir Naik: Apa kau percaya Nabi Muhammad adalah nabi Tuhan?
Mamoko: Ya.
Dr. Zakir Naik: Apakah ada yang memaksa kamu untuk masuk Islam?
Mamoko: Tidak.
Dr. Zakir Naik: Kau melakukannya kerana keinginan sendiri? Masya Allah. Aku akan mengucapkan Arabnya, dan kau boleh mengulanginya.
(Kemudian Dr. Zakir Naik menuntun Mamoko untuk mengucapkan syahadat)
Dr. Zakir Naik: Masya Allah kau telah menjadi Muslim.
Mamoko: Terima kasih banyak.
Dr. Zakir Naik: Insya Allah aku berdoa kepada Allah s.w.t semoga Dia memberi lebih banyak hidayah, dan semoga Dia memasukkanmu ke dalam syurga. Dan semoga Allah s.w.t membawa ahli keluarga, kawan-kawan, dan beribu-ribu orang Jepun lain untuk masuk Islam, insya Allah.
sumber http://www.lampuislam.org/
0 komentar:
Posting Komentar