Kelihatan pada gambar tersebut, tiga orang sedang melaksanakan solat di pinggir jalan yang penuh dengan lalu lalang kenderaan dan menyebabkan kesesakan.
Gambar tersebut diambil di Saudi seperti disarikan oleh ilmfeed, sebuah negara di mana masjid dan surau berada di mana-mana. Mungkin kita bertanya-tanya, mengapa orang-orang ini memutuskan untuk menyekat jalur lalu lintas dan solat di jalan raya? Apakah mereka mencari sensasi? atau ingin popular?
Alasan mereka sungguh luar biasa. Ternyata, mereka adalah orang asing yang terlibat dalam sebuah kemalangan, perlanggaran. Sementara menunggu perkhidmatan kecemasan tiba, mereka memutuskan untuk solat berjemaah sehingga mereka tidak kehilangan kesempatan untuk berdoa. Subhanallah.
Peraturan lalu lintas Saudi menetapkan bahawa pemandu yang terlibat dalam kemalangan, tidak boleh meninggalkan kereta mereka sehingga pihak berkuasa tiba untuk menyiasat.
sumber islampos.com
0 komentar:
Posting Komentar