Soalan : Apakah hukumnya seorang isteri sudah berkahwin melayan rakan facebook yang lelaki yang bukan mahram dan mendedahkan aib suaminya di facebook?
Jawapan : Menggunakan kemudahan facebook boleh jatuh wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Jatuh wajib apabila ada pengguna facebook yang menghina Islam dan Rasulullah SAW untuk mempertahankannya kita wajib menjawab dan mempertahankan Islam dan kemuliaan baginda supaya umat islam tak keliru dan percaya kepada tohmahan orang kafir atau munafik. Sunat jika kita gunakan segala kemudahan facebook untuk sebarkan Islam dan mendatangkan manfaat kepada pengguna media sosial.
Makruh jika membuang masa sia-sia untuk berseronok-seronok, main game dan sembang-sembang kosong berchatting. Haram jika isteri mendedahkan aib suaminya dan haram jika perhubungan facebook tersebut boleh mendatangkan fitnah dan boleh mendorong untuk menghampiri zina (contoh suami bercinta dengan isteri orang, isteri bercinta dengan suami orang dan masing-masing mendedahkan aib pasangan masing-masing).Wanita yang sudah bersuami jika dia bercinta dengan suami orang hukumnya haram dan berdosa besar. Akan jatuh haram juga jika kemudahan internet di gunakan untuk menyebarkan fitnah, mengumpat dan mengaibkan orang lain dan harus jika penggunaan internet tidak menambah ilmu yang bermanfaat dan tidak mendapat dosa dengan menggunakannya.
Jika seorang lelaki bujang atau sudah berkahwin mengetahui bahawa rakan facebooknya wanita yang sudah bersuami maka perlulah jaga batas-batas percakapan dan perhubungan. Cuba elakkan berkongsi pengalaman hidup dan masalaah rumah tangga, kerana menceritakan keaiban suami akan boleh mendorong masalah yang lebih besar dan boleh merosakkan rumah tangga tersebut. Para isteri hanya boleh berkongsi dengan para wanita lain atau pakar kaunseling yang bertaulaih untuk mendapat khidmat nasihat yang di perlukan.
*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my
*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my
0 komentar:
Posting Komentar