Kisah benar ini berlaku di sebuah negara arab. Ditulis oleh Ummu Sajid Fauziah bin Abdurrahim bin Muhammad untuk islamway. Berikut kisahnya.
"Allahu Akbar, Allahu Akbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar)"
Lantunan suara azan sampai di telinga Habibah. Tatkala muazin mengumandangkan, "Hayya 'Alash-Shalah, Hayya' Alal Falah (Mari kita shalat, mari menuju kemenangan)," Habibah langsung meninggalkan pekerjaannya dan bergegas melaksanakan solat.
Sungguh, nama yang sesuai dengan sifatnya, Habibah (orang yang mencintai). Ia mencintai solat.
Habibah selalu melaksanakan solat wajib pada waktunya dan sentiasa rindu untuk bermunajat kepada Allah. Sebab, solat adalah sarana penghubung antara hamba dan Tuhannya.
Habibah mempunyai moto dalam melaksanakan shalatnya tepat waktu, yaitu firman Allah Taala tentang perkataan Musa Alaihissalam, "Dan aku bersegera kepada-Mu, Ya Tuhanku, agar Engkau ridha (kepadaku)." (QS. Thaha: 84)
Suatu hari, Habibah dihubungi melalui telefon oleh suaminya yang baru saja menyelesaikan pekerjaan di pejabat. Muhammad, itulah nama suaminya.
"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, istriku tercinta."
"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, suamiku tercinta. Bagaimana kabarmu? "
"Alhamdulillah baik, Cintaku. Aku lapar sekali. Aku ingin dolma (daun anggur mengandungi tumisan daging, nasi dan sayur) yang lazat buatanmu. "
"Baiklah. Insya Allah, aku akan menyiapkannya, Sayangku. "
Dengan cekap Habibah menyiapkan makanan yang diminta suaminya sebelum ia datang. Tatkala memasukkan bahan-bahan makanan ke dalam daun anggur yang akan direbus, dia mendengar suara azan Zuhur berkumandang.
Seperti biasa, dia langsung meninggalkan semua aktivitinya, termasuk menyiapkan makanan untuk sang suami. Ia ingat motonya, "Dan aku bersegera kepada-Mu, Ya Tuhanku, agar Engkau ridha (kepadaku)."
Habibah juga ingat akan hadis riwayat Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu Anhu yang menuturkan, "Aku pernah bertanya kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam," Amalan apa yang sangat dicintai Allah? "
Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menjawab, "Shalat pada waktunya."
Habibah pun segera beranjak dari dapur menuju tempat wudhu agar dapat melaksanakan solat di bilik khusus untuk beribadah di rumahnya.
Tak lama kemudian, suami Habibah, Muhammad tiba di rumah. Kerana pintu tidak dikunci, dia terus masuk ke bilik tengah.
Muhammad mencium aroma dolma yang masih belum matang. Sambil memegang perut yang kosong, dia pun terus pergi ke dapur. Ternyata, makanan yang dia minta kepada isterinya tadi belum ada yang matang sama sekali.
Ia pun bertanya-tanya dalam hati.
"Ada apa gerangan? Kenapa isteriku Habibah belum menyiapkan makanan? Aku hampir mati kelaparan, "ujarnya.
Muhammad berusaha mencari-cari Habibah.
"Assalamua'aikum, Habibah. Aku sudah pulang, Sayang, "katanya separuh menjerit.
Tak ada jawapan sama sekali. Ia lalu pergi ke bilik solat Habibah. Ternyata isterinya sedang sujud.
Muhammad pun duduk di samping isterinya itu dan ingin menunggunya hingga solat selesai.
Satu minit berlalu, dia masih melihat Habibah sujud dalam shalatnya, tidak berdiri atau pun duduk. Ia pun bergumam, "Barangkali dia memanjangkan doanya dalam sujud."
Namun, beberapa minit kemudian, dia melihat isterinya itu masih dalam kedudukan sujud. Rasa cemas pun mula menggelayut ke dalam hatinya.
Muhammad cuba mendekatkan telinga ke dekat isterinya. Ternyata, ia tidak mendengar suara apa-apa, bahkan suara nafas pun tiada.
Tatkala menyentuh bahagian kepala, tubuh isterinya tiba-tiba jatuh. Innalillahi wa Inna Ilaihi Raji'un. Habibah telah meninggal dunia ketika bermunajat kepada Tuhannya, di dalam shalatnya, di sisi suaminya.
Saudaraku!
Mati itu tidak mengenal masa dan usia. Siapa pun akan meninggal pada bila-bila saja dan di mana saja. Oleh kerana itu, marilah kita memperbanyak amal salih sebelum ajal menjemput sehingga mendapatkan husnul khatimah (akhir yang baik) dari kehidupan dunia yang fana ini.
*sumber http://bersamadakwah.net/
0 komentar:
Posting Komentar