Home » » Pramgari Menangis Depan Mufti Kerana Terpaksa Hidang Arak

Pramgari Menangis Depan Mufti Kerana Terpaksa Hidang Arak


Walaupun terkenalnya Malaysia sebagai sebuah negara Islam di mata dunia, nampaknya masih banyak lagi sebenarnya perkara yang perlu diperbaiki dan tidak menepati syariah Islam yang sebenar.

Terbaru, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin telah berkongsi sebuah kisah sedih di laman Facebooknya yang menceritakan luahan hati sedih seorang pramugari Malaysian Airline System Bhd (MAS).

Menurut Dr Azri, pramugari berkenaan menghadapi tekanan kerana dia dikatakan terpaksa menghidangkan arak atas pesawat dan tidak dibenarkan memakai tudung walaupun beliau seorang wanita Islam.

Mufti Perlis berkenaan meluahkan rasa simpati dan tersentuh dengan luahan hati kakitangan MAS berkenaan, dimana beliau ternyata hairan mengapa MAS perlu menyediakan hidangan arak, sedangkan banyak lagi syarikat penerbangan lain yang tidak menghuidangkan minuman itu.

Berikut adalah tulisan penuh Dr Asri.

MAS, Tudung dan Arak

Malam ini jiwa saya agak tersentuh. Dalam penerbangan MAS malam ini, seorang pramugari datang mengadu dan menangis di hadapan saya mengenai nasibnya. Jiwanya menderita kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung. Dia bekerja untuk menyara anak-anaknya. Ini bukan kali pertama saya mendengar aduan seperti ini.

Saya sangat simpati dan tersentuh. Lebih sedih lagi memikirkan MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan negara yang majoriti penduduknya muslim.

Sesetengah orang melayu jika diberitahu ada syarikat tertentu halang wanita muslimah memakai tudung ataupun memaksa mereka menghidangkan arak, tentu akan mengamuk sakan. Segala dalil dan semangat akan dihamburkan. Malangnya kita lupa bahawa syarikat penerbangan negara yang merupakan imej dan identiti Malaysia itu sendiri tidak membenarkan pramugarinya memakai tudung dan terpaksa menghidangkan arak.

Retorik-retorik politik berbaur agama yang kita dengar di media dan bicara ahli-ahli siasat itu, tidaklah setakat mana jika kita lihat kepada nasib pekerja-pekerja MAS yang beragama Islam itu.

Saya dengan ini, mengajak rakyat Malaysia memohon kepada pihak kerajaan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai stewardess MAS diberikan keizinan untuk memakai pakaian yang memenuhi sifat pakaian seorang wanita muslimah. Juga pekerja muslim dan muslimah tidak ditugaskan untuk menghilangkan arak. Terimalah itu sebagai hak mengamalkan agama mereka iaitu Islam. Bahkan MAS tidak wajar menghidangkan arak. Banyak penerbangan yang tidak menghidangkan arak, mengapa perlu kita menghidangkannya?!!

Marilah kita menyokong permohonan ini kepada sebuah kerajaan yang sering melaungkan nama Islam dalam pelbagai slogannya. Mohon mencadangkan.

*sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/

0 komentar:

Posting Komentar

Mengenai Saya

Arsip Blog