Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. (QS. 2:26)
Sementara manusia diperintahkan untuk memikirkan dirinya sendiri sebagai ciptaan Allah, Al-Quran seringkali juga mengajak manusia untuk menyiasat alam dan melihat bukti dan tanda Kekuasaan Allah padanya. Seluruh alam semesta dengan semua elemen baik hidup maupun non-hidup terdiri dari tanda-tanda yang mendedahkan bahawa mereka semua itu 'diciptakan'.
Dan semuanya itu ada untuk menunjukkan Kekuatan, Sains dan Seni dari 'Penciptanya'. Dan manusia bertanggungjawab untuk mengenal tanda-tanda ini dan mengakui Sang Maha Pencipta, Allah SWT.
Semua makhluk hidup mempunyai tanda-tanda ini, namun terdapat beberapa haiwan yang secara spesifik telah disebutkan dalam Al-Quran. Nyamuk adalah salah satunya. Ini disebutkan dalam ayat Al-Quran berikut ini:
Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:
"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik, (QS. 2:26)
Apabila kita mengamati kehidupan nyamuk, kita boleh mengatakan bahawa nyamuk mempunyai pengembaraan yang luar biasa. Apa yang secara umum diketahui tentang nyamuk adalah adalah bahawa mereka menyerap dan makan darah. Namun ini tidak seluruhnya benar. Kerana tidak semua nyamuk, namun hanyalah nyamuk yang betina sajalah yang menghisap darah.
Dan keperluannya akan darah tidak ada kaitannya dengan makan sama sekali. Sebenarnya kedua nyamuk jantan dan betina makan cairan nektar bunga.
Satu-satunya alasan mengapa nyamuk betina, tidak seperti yang jantan, menghisap darah adalah untuk telurnya, yang memerlukannya untuk berkembang dengan protein yang ada dalam darah. Dengan kata lain, nyamuk betina menghisap darah hanyalah untuk memastikan kelangsungan hidup generasi barunya.
Mata yang ditekankan di sini adalah bahawa ayat Al-Quran menunjukkan hanya nyamuk 'betina'. Sebagaimana disebutkan terdahulu, hanyalah nyamuk betina yang mempunyai kemampuan superior yang akan dijelaskan terperinci di sini.
Jadi, kita dapati begitu ekspresif bahawa nyamuk betinanyalah yang ditekankan dalam Al-Quran. Selain itu, ini merupakan fakta yang luar biasa kita membuktikan bahawa pada masa turunnya wahyu Al-Quran, pengetahuan ini sama sekali belum diketahui umat manusia.
Fasa dan proses pertumbuhan nyamuk merupakan salah satu aspek yang paling mengagumkan. Nyamuk berubah dari suatu larva menjadi nyamuk setelah melewati fasa yang sama sekali berbeza-beza. Marilah kita melihat kisah pengembaraan nyamuk secara ringkas.
Telur nyamuk yang diberi makan dengan darah diletakkan pada daun lembab atau kolam yang kering untuk proses pendewasaan oleh nyamuk betina selama musim panas atau musim gugur. Namun sebelum ini, induk nyamuk pertama kali menguji tanah secara keseluruhan dengan menggunakan reseptor yang ada di bawah perutnya, yang berfungsi sebagai sensor suhu dan kelembapan. Dia mancari tempat yang selesa bagi telur-telurnya.
Ketika kawasan yang sesuai ditemuinya, ia mula mengeluarkan telurnya. Telur-telur ini yang mempunyai kepanjangan kurang dari 1 mm, disusun secara bergaris baik dalam kelompok maupun satu-persatu. Beberapa spesies meletakkan telur-telurnya saling menggabung membentuk suatu rakit yang mana boleh terdiri dari 300 telur.
Telur putih yang sudah diletakkan secara hati-hati ini akan mula merubah warnanya. Ini hanya memerlukan masa beberapa jama saja setelah diletakkan dan mereka menjadi hitam pekat warnanya. Dengan perubahan ini, telur-telur ini memelihara perlindungan yang bagus dari burung dan serangga. Warna gelapnya tak dapat dikenali oleh organisma ini.
Telur memerlukan tempoh inkubasi untuk sempurna pada musim sejuk. Kerana telur nyamuk ini diciptakan dengan struktur yang dapat bertahan selama musim sejuk yang lama dan dingin, mereka bertahan hidup hingga musim semi ketika masa inkubasinya selesai.
Ketika tempoh pengeraman telah sempurna, larva mula keluar dari telurnya semua hampir dalam masa yang sama. Telur pertama langsung diikuti oleh yang lain. Segera setelah menetas dari telurnya, mereka langsung berenang di air. Sekarang masa hari-hari di air mula bagi nyamuk.
Larva yang terus diberi makan tumbuh dengan cepat sekali. Segera kulit yang membungkus tubuhnya menjadi terlalu kecil baginya untuk berkembang lebih lanjut. Inilah pertama kali bagi pergantian kulit mereka. Kulit yang keras namun rapuh dapat mudah pecah. Sampai kitaran pertumbuhan ini selesai secara keseluruhan, larva nyamuk akan merubah kulitnya dua kali lagi.
Kerana awal kehidupan nyamuk mula di air, maka sistem yang direkabentuk untuk memberi makan larva begitu mengesankan. Larva menguatkan pusaran air dengan pemanjang sayap yang terletak di dua sisi mulutnya yang mengarahkan bakteria dan mikro-organisma lain untuk makanannya. Dan suatu penyelesaian juga terdapat untuk pernapasannya: setiap larva mempunyai peralatan menyelam di dalam.
Mereka bernafas via paip pernafasan di belakang punggungnya sementara berdiri terbalik di dalam air. Sistem ini mungkin mirip 'snorkel' yang dipakai oleh penyelam. Selema memakai kaedah ini, larva mengeluarkan cecair yang lekat dari tubuhnya untuk menghindari air bocor masuk ke dalam tubuhnya, melalui pintu keluar pernafasan.
Dalam waktu dekat, larva nyamuk hidup dengan bantuan harmoni tergabung dari semua keseimbangan alam yang lembut ini. Jika ia tidak mempunya paip pernafasan, maka ia tidak akan bertahan hidup; jika tidak mempunyai sekresi lekatnya, paip pernafasannya akan tersumbat.
Sementara waktu berlalu, sebahagian besar larva merubah kulitnya sekali lagi. Perubahan kulit terakhir kali ini agak berbeza dari sebelumnya. Dengan perubahan akhir ini, larva melewati fasa akhir pendewasaannya, 'fasa pupa' dan mereka bersedia menjadi nyamuk sebenar pada akhirnya. Jadi masa telah tiba bai pupa dewasa unutk keluar dari kelopak yang meliputi tubuhnya.
Namun, makhluk hidup yang mungkin keluar dari sarungnya ini begitu berbeza daripada fasa-fasa awal, nampak tak boleh dipercayai bagi mereka hanya melalui dua fasa pertumbuhan dari makhluk yang sama. Dan metamorfosis ini begitu rumit dan lembut untuk direkabentuk oleh larva itu sendiri ataupun oleh induknya atau oleh haiwan yang lain.
Selama tempoh peralihan yang terakhir ini, terdapat ancaman bagi nyamuk, kerana pintu pernafasan di atas air mungkin menjadi tertutup dengan kebocoran air di dalam. Perkara ini secara semula jadi bermakna bahawa pupa akan kehabisan nafas dan mati.
Namun kemudian, pernafasan tidak dilakukan via lubang-lubang ini. Di sana muncul dua paip baru di kepala anak lebah. Oleh karenanya, sebelum pupa bersedia untuk perubahan kulit yang terakhir kali, pertama kali dua paip ini muncul ke atas air.
Ini adalah kaedah pernafasan barunya. Selama 3 hingga 4 hari fasa pupa, tidak ada zat makanan bagi nyamuk akan jadi.
Sekarang nyamuk dalam kepompong pupa cukup dewasa dan siap terbang dengan semua organnya seperti antenna, belalai, kaki, dada, sayap, perut dan mata yang besar yang menutupi sebahagian besar kepalanya. Lalu kepompong pupa dikoyak di atas. Tahap di mana nyamuk yang telah lengkap muncul ini adalah tahap yang paling membahayakan.
Risiko terbesari adalah kebocoran air ke dalam kepompong. Namun bahagian atas yang koyak dilindungi oleh cecair yang lekat untuk mengelakkan kepala dari kenalan air. Nyamuk harus keluar dari air tanpa kenalan langsung dengan air, sehingga hanya kakinyalah menyentuk permukaan air.
Kelajuan ini sangatlah penting, walaupun angin tipispun boleh menyebabkan kematiannya. Akhirnya, nyamuk berlepas untuk penerbangan perdananya selepas berehat kira-kira setengah jam.
Harus kita perhatikan sekali lagi bahawa nyamuk telah keluar daripada air tanpa menyentuh sama sekali ... Pada titik ini, soalan yang muncul di fikiran adalah bagaimana nyamuk pertama memperoleh 'kemampuan' seperti ini?
Mungkinkan suatu larva memutuskan diri untuk berubah menjadi nyamuk setelah merubah kulitnya tiga kali? Sesungguhnya ini sangat tidak mungkin. Binatang yang sangat kecil yang dijadikan Allah sebagai contoh ini telah secara khusus diciptakan sebagaimana adanya.
Hal ini mengantarkan umat Islam untuk memikirkan ciptaan Allah dan berfikir bahawa Allah tidak menciptakan semua ini sia-sia saja, namun agar supaya mereka taqwa kepada Allah dan bertindak sesuai dengan kehendak-Nya.
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. 3: 191)
*sumber http://www.jurnalhajiumroh.com/
0 komentar:
Posting Komentar