Soalan : Seorang lelaki rajin solat dengan berjemaah tetap dia adalah seorang pengamal dadah ganja tegar bagaimana amalannya ustaz?
Jawapan :
Orang yang mengerjakan solat, tetapi kenapa solat yang kerjakannya tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar? Sedangkan di dalam al-Quran Allah SAW. menjelaskan bahawa solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibnu A’syur, di dalam kitab Maqasid al-Syariah, bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Dalam persoalan solat, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 45).
Maksudnya solat dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Perkara keji dalam ayat ini apa-apa perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Ini bermakna solat dapat mengubah orang daripada keras hati menjadi lembut hati, daripada bengis menjadi penyayang, daripada malas menjadi rajin, daripada berdusta menjadi jujur , tabiat suka hisab ganja atau rokok kepada meninggalkan perbuatan tersebut dan sebagainya sifat-sifat terpuji yang akan terbentuk dengan solat.
Jika seseorang itu rajin solat dalam masa yang sama tidak berubah daripada sifat negatif kepada lebih positif, dia masih menghisap ganja tegar atau masih menjadi penghisab rokok tegar ini bermakna bukan salah solatnya (cukup rukun dan syatarnya) tetapi yang salah ialah sikap orang yang melakukan solat tersebut.
Jika manusia mengubah hati dan jiwanya, mengubah fikiran dan amalannya dan berazam untuk solat dengan khusyuk dan dia benar-benar menghayati solat yang dikerjakan, bermula dengan wuduk yang sempurna, kemudian bertakbir dengan sempurna, segala gerakan dalam solat seperti berdiri, rukuk, sujud serta menghayati bacaan di dalamnya. Maka ketika inilah solatnya akan menjadi khusyuk dan sekali gus akan merubah tabiat dan akhlak buruk seseorang itu. Maka solat yang berfungsi ini akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan keji dan mungkar. Maka perbuatan menghisap ganjar atau rokok akan ditinggalkannya tanpa di paksa.
sumber http://tanyalahustaz58.blogspot.my/
0 komentar:
Posting Komentar