Home » » Adakah boleh kita berikan wang zakat kepada ahli keluarga kita yang miskin?

Adakah boleh kita berikan wang zakat kepada ahli keluarga kita yang miskin?



Soalan : Adakah boleh kita berikan wang zakat kepada ahli keluarga kita yang miskin?

Jawapan:

Wang zakat bukan boleh suka-suka digunakan tanpa dirujuk kepada 8 asnaf. Wang zakat tak boleh digunakan untuk membantu ibu bapa yang susah, membantu pembinaan masjid, buat umarah untuk adik beradik tetapi wang zakat wajib disalurkan kepada 8 asnaf. 

Firman Allah SWT maksudnya, "Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan budak), orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Surah at-Taubah (9) ayat 60) 

Tafsiran ayat tersebut jelas menunjukkan terdapat lapan golongan manusia yang berhak menerima zakat. Lapan golongan tersebut ialah al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang memiliki hutang), fi-sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir yang sedang dalam perjalanan). 

Mahmood Zuhdi (2003) berpendapat ayat tersebut memberi penerangan yang jelas tentang pengagihan zakat berbanding dengan masalah menentukan sumber zakat berdasarkan ayat tersebut yang memperincikan arahan. Ini disebabkan kemungkinan berlaku penyelewengan dan penggunaan hawa nafsu dalam mengagihkan zakat lebih besar berbanding menentukan sumber dan memungut zakat. Pendapat ini jelas menunjukkan pengagihan zakat merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang besar dipikul oleh institusi zakat. Untuk menunaikan amanah mengagihkan zakat dengan berkesan dan amanah, maka penentuan definisi asnaf adalah amat penting memandangkan golongan asnaf yang dinyatakan

Wang zakat harus disalurkan kepada Pusat Zakat supaya wang tersebut dapat digunakan untuk pembangunan ekonomi umat Islam dan dapat di salurkan kepada 8 asnaf bukan hanya orang miskin sahaja.

*sumber http://tanyalahustaz58.blogspot.my/

0 komentar:

Posting Komentar

Mengenai Saya

Arsip Blog