POLISI PENSTRUKTURAN EKONOMI OLEH ILLUMINATI MENJELANG TAHUN 2020


Jika Malaysia terperangkap dengan perjanjian TPP, maka negara-negara Eropah pula terperangkap dengan TIPP.
TPP - Trans Pacific Partnership
TTIP - Trans Atlantics Trade and Investment Partneship

Kedua-dua perjanjian memiliki konsep yang sama iaitu memberi kelebihan kepada syarikat multinasional mengatasi undang-undang dalaman setiap negara terpilih.
Di dalam ilmu Teori Konspirasi, pemilik syarikat Multinasional adalah kumpulan individu yang mempunyai hubungan langsung dengan Rothschild dan Rockefeller.
Sebarang dasar ekonomi yang dibentang dan dilaksanakan oleh syarikat2 Multinasional dianggap berasaskan kepada keputusan mesyuarat dua organisasi ekonomi milik Rothschild & Rockefeller iaitu Bilderberg Group dan Trilateral Commission.
sumber https://www.facebook.com/Ibnuyaacob-Teori-Konspirasi

Semua Konflik Dunia Angkara Bank Rothschild


Pada 1 Mei 1776, organisasi rahsia ILLUMINATI ditubuhkan secara rasmi oleh Dr. Adam Weishaupt, seorang profesor undang-undang Universiti Ingolstadt, Jerman.
ILLUMINATI telah merancang dan mencetuskan pelbagai konflik dunia seperti revolusi-revolusi Eropah, perang saudara, perang dunia pertama, kedua dan ketiga dan penubuhan PBB, NATO, EU, ASEAN dan sebagainya.
Namun begitu, tidak ramai mengetahui bahawa Dr. Adam sebenarnya hanya mengikut arahan Rothschild dan segala perbelanjaan mesyuarat, kos operasi organisasi adalah ditanggung oleh bank Rothschild.

sumber https://www.facebook.com/Ibnuyaacob-Teori-Konspirasi

Selepas Mesyuarat Bilderberg Ekonomi Sesuatu Negara Akan Bankrap

THE BILDERBERG GROUP
Ditubuhkan pada 1954 di Hotel de Bilderberg, Netherlands. Kehadiran mesyuarat hanya berasaskan 150 orang jemputan khas. Media tidak dibenarkan membuat liputan mesyuarat.
Peserta jemputan terdiri dikalangan presiden, perdana menteri, kerabat diaraja Eropah dan Arab, billionaire, bekas-bekas menteri dan penganalisis ekonomi.
Setiap peserta tidak dibenarkan membawa handphone, buku nota, pen dan sebarang gajet ketika mesyuarat.
Ketika mesyuarat, 150 orang peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, Setiap kumpulan antara 8-12 orang dari pelbagai negara berbeza. Setiap ahli kumpulan hanya diberi 5 minit berucap bagi setiap kali bengkel diadakan.
Peserta yang membocorkan rahsia mesyuarat kemungkinan negaranya akan menerima akibat tidak baik.
Keputusan mesyuarat tahun ini adalah untuk perlaksanaan pada tahun hadapan. Biasanya 6 bulan selepas mesyuarat Bilderberg, ekonomi sesuatu negara akan jatuh bankrap.


sumber https://www.facebook.com/Ibnuyaacob-Teori-Konspirasi

ILLUMINATI TACTICAL: FALSE FLAGS


False Flag adalah teknik yang digunakan Illuminati untuk mencetuskan suasana tertentu di sesuatu tempat. Hasil dari suasana tersebut, pihak-pihak tajaan Illuminati mendapat laba dari kerajaan tempatan dan masyarakat setempat. Mereka juga dianggap hero dan penyelamat.

Kaedah yang digunakan ialah dengan mengenalpasti latar belakang tempat yang ingin dicetuskan False Flag. Kemudian beberapa individu atau kumpulan diupah untuk berlakon sebagai pencetus huru-hara dan penjenayah.

Apabila situasi semakin tegang dan tidak terkawal, masyarakat setempat akan menerima apa sahaja bantuan dari luar yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Dalam situasi False Flag, kemungkinan beberapa kematian akan dirancang. Lebih banyak kematian lebih tinggi kepercayaan masyarakat setempat kepada situasi False Flag.

Teknik False Flag akan lebih berjaya jika ia dirancang bersama-sama akhbar utama dan majalah yang terkenal.

Teknik False Flag banyak digunakan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di kawasan-kawasan jajahan. Kini ia berkembang dan digunakan dengan meluas oleh Amerika, Syarikat Multinasional dan PBB.

Kekurangan pengetahuan masyarakat tentang False Flag memudahkan masyarakat dimanipulasi.

sumber https://www.facebook.com/Ibnuyaacob-Teori-Konspirasi

Syeikh Ahmed Deedat, guru Zakir Naik yang termasyhur

deedat..couriermail.com.au....

Islam akan menang tanpa atau bersama anda, tetapi tanpa Islam anda akan tersesat dan hilang -Syeikh Ahmed Deedat

Syeikh Ahmed Hussein Deedat yang lebih dikenali dengan nama ringkasnya Ahmed Deedat, lahir di daerah Surat, India, 1 Julai 1918 dan meninggal dunia pada 8 Ogos 2005 pada umur 87 tahun akibat angin ahmar yang telah dideritanya sejak tahun 1996. Semasa kanak-kanak, ulama kharismatik ini hidup tanpa seorang ayah di sisinya sehingga tahun 1926. Ayahnya terkabar berkerja sebagai seorang penjahit yang berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Deedat.

Dalam bidang dakwah Deedat adalah seorang legenda. Melalui video-videonya yang banyak tersebar di dunia maya, kita mendapati sosok Deedat adalah seorang lelaki tua yang dengan kemantapan diri tinggi bercakap di hadapan hadirin dalam jumlah ribuan. Ya, beribu-ribu orang yang berada dalam setuju dan tak setuju, yang kedua-duanya kelihatan mencermati, tak melewatkan kata demi kata yang mengalir lancar dari mulut sang Syeikh.

deedat2Hal pertama yang menjadi kelebihan Ahmed Deedat adalah artikulasi kata per kata yang diucapkan demikian mantap dan jelas. Disamping itu, ia menguasai beberapa bahasa seperti Arab, Bahasa Inggeris, Greek, Hebrew, termasuk sedikit bahasa Melayu. Wawasannya tentang Alkitab dalam pelbagai versinya, tambah menguatkan lagi daya magnitnya dalam berbicara.

Syeikh Deedat, yang oleh beberapa sejawatnya dijuluki singa panggung itu, adalah seorang public speaker yang mempunyai cara komunikasi berirama. Kadang ia bergolak-membara, kadang ia bertutur perlahan-hening, dan kadang-kadang secara spontan melemparkan humor yang menyegarkan. Tak jarang audience memberikan tepuk tangan yang gegap-gempita, dan kita boleh melihat di situ: Ahmed Deedat tetap tenang, ia akan menunggunya hingga reda, baru kemudian menyambung bicaranya.

deeeedatDari sisi dramaturgi, tak diragukan keupayaan Ahmed Deedat berpenampilan memang jauh di atas rata-rata. Ia mampu berdialog sekaligus mampu bermonolog dengan sangat baik. Ia boleh bercakap berjam-jam lamanya tanpa rehat dengan daya tarik yang tak pudar hingga usai. Bahasa tubuhnya demikian anjal mengunjurkan apa-apa yang disampaikannya. Cara berdiri, ekspresi wajah, pergerakan tangan, cara dia menyimak dan kesigapannya memberi jawapan membuktikan ia mempunyai kemampuan penguasaan pentas yang ulung.

Terkisah, masa kecil Deedat adalah masa-masa kematangan yang melalui pelbagai rintangan yang tak gampang. Tahun 1927, Ahmed Deedat berangkat ke Afrika Selatan menyusul ayahandanya. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan tersebut adalah saat terakhir ia bertemu ibunya yang meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Di negeri yang asing, seorang Deedat yang baru berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris yang tak mencukupi mulai menyiapkan diri untuk menyesuaikan diri dan bersaing dengan kehidupan baru di tanah jajahan Inggeris tersebut. Berkat ketekunannya dalam belajar, Deedat tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran Deedat membaca membantunya untuk mendapatkan perkembangan yang signifikan. Walau bagaimanapun, kerana kekangan kurangnya bayaran menyebabkan sekolah Deedat yang belum selesai di awal usia 16. Ia pun meninggalkan sekolahnya dan bekerja menjadi penjual barang-barang runcit.

Jumma-Mosque_www.ipci.co.za ....... Pada tahun 1936 Deedat bekerja pada kedai muslim di dekat sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Krismas. Di situ ia sering menerima penghinaan daripada pelajar-pelajar mubaligh yang tak jarang mencabar Islam selama kunjungan mereka ke kedai. Hal ini kemudian memberi motivasi kepada Deedat mendalami agama Kristian dan membandingkannya dengan Islam.

Deedat kemudian menemui sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku tersebut mengandungi bahan debat dan kejayaan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam memberikan hujah balasan kepada para mubaligh Kristian yang melakukan misi penyebaran agama Kristian di bawah pihak berkuasa Kerajaan Inggeris dan pemerintahan India.

deedatshajahanahmed.wordpress.com ... Usai mempelajari buku itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan perbincangan dengan pelajar-pelajar mubaligh. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Deedat, ia secara peribadi memanggil guru teologi mereka dan bahkan pendeta-pendeta di daerah tersebut.

Kejayaan-kejayaan ini memacu Ahmed Deedat untuk meneruskan dakwahnya. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak, dan persinggahannya selama tiga tahun ke Pakistan selepas kemerdekaannya, tidak mengurangkan keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan dari para mubaligh Kristian.

Dengan semangatnya untuk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad lamanya. Ia memimpin kelas untuk pelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah. Ia mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk tempat para pendakwah Islam menggembleng diri. Bersama-sama dengan keluarganya, ia mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenal hingga saat ini. Pada 1957, bersama dua orang temannya, Deedat mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan ia menjadi ketuanya hingga 1996. Zakir Naik, juru dakwah yang dewasa ini sedang popular merupakan salah satu dari sekian muridnya.

deedatAhmed Deedat telah menerbitkan kira-kira 22 buku penting dan telah dicetak hingga 20 juta kopi. Karya-karya Deedat seperti, The Choice-Between Islam and Christianity, Is the Bible God 's Word ?, Al Qur'an the Miracle of Miracles, What the Bible says about Muhammad ?, dan Crucifixion or Cruci-Fiction? begitu dikenali dan diakui di seluruh dunia. Buku The Choice-Between Islam and Christianity adalah buku terlarisnya yang menyebar luas dari Afrika Selatan hingga ke Eropah, Asia, Oceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.

Ahmed-DeedatSebagai penghargaan yang pantas untuk prestasi yang bersejarah itu, ia mendapat penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Di sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat menjalani rawat jalan berkaitan penyakit stroke kronik yang dialami di kediamannya di Verulam, Afrika Selatan. Pada 8 Ogos 2005, ia meninggal dunia di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, wilayah KwaZulu-Natal, Durban. Ia dikebumikan di tanah perkuburan Verulam.

sumber http://oasemuslim.com/

Bangsa Yahudi di Tanah Melayu


Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristang (orang Serani), Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi (kaum Khazar).

Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Tanah Melayu (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula pada sekitar kurun ke-9 yang bermula di Lembah Bujang. Pada abad ke-18, kaum ini dijumpai di Melaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Pulau Pinang berkemungkinan besar disebabkan oleh kemajuan perniagaan dan perdagangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke-19. Keadaan ini telah menarik perhatian saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoon dan Meyers dari India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara beramai-ramai orang Yahudi dari wilayah Baghdad Uthmaniyyah berlaku ketika pemerintahan Daud Pasha pada tahun 1817 hingga 18314.

Penulis suka untuk memetik sejarah fahaman rahsia Yahudi Freemason pada halaman 306, pada bahagian tajuk 'Singapore and Malaya', The Pocket History of Freemasonry (Fred L. Pick and G. Norman Knight) yang menyatakan,
"An antient lodge (loji)was established at Penang in 1809 but had a rather spasmodic career which formally terminated in 1862."

Keris Mas pernah menulis cerpen bertajuk Menjual Tanah Air di mana beliau mengisahkan perihal bangsa Melayu seorang Penghulu yang ghairah menjual tanah kepada bangsawan yahudi di Singapura. Cerpen ini disiar dalam Mastika Februari pada tahun 1948. Menariknya kisah itu (mungkin pemerhatian realiti zaman berkenaan) berlaku di zaman pasca penjajahan Jepun dan demi memiliki wang untuk berkempen kedudukan lebih tinggi beliau merelakan tanah rezab Melayu digadai kepada syarikat British melalui broker Yahudi berkenaan.

sumber http://laman-munawwarah.blogspot.my/

Dr. Zakir Naik Jelaskan Mengapa Daging Babi Haram Pada Doktor Jepun


Momoko: Selamat malam. Namaku Momoko Suzuki. Aku berkerja sebagai seorang doktor dan telah menjalani pengajian perubatan. Hari aku ingin menjadi Muslim dan mengucapkan dua kalimah syahadat.

(Para penonton bertepuk tangan dan melaungkan takbir!)

Mamoko: Ah, maaf. Sebelum ini aku ingin bertanya kenapa babi diharamkan dalam Islam?

Dr. Zakir Naik: Babi diharamkan dalam Quran tidak kurang dalam 3 ayat. Diharamkan disebutkan di surat Ma'idah [5]: 3, di surat Al-Baqarah [2]: 173, di surat An'am [6]: 145, dan surat An-Nahl [60]: 150. Allah berfirman dalam Quran "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah." (Qs. Al-Baqarah [2]: 173). Babi juga diharamkan dalam Bible, di kitab Ulangan 14: 8, di kitab Yesaya [65]: 5, dan juga kitab Imamat [11]: 7-8.


Mari kita bahas alasan logik, sebab saintifik kenapa babi diharamkan. Ilmu sains memberitahu kita bahawa jika kita makan babi, ada kemungkinan akan terdedah kepada kira-kira 70 macam parasit, di antaranya cacing pita, cacing tambang, pinworms, semuanya ada! Sebagai seorang doktor, tentunya kau pasti telah belajar di kuliah kedokteranmu, ada cacing yang dikenali sebagai tinia solium (cacing pita). Bahkan jika kau memasak daging babinya dengan baik, telur cacing ini tetap tidak akan mati. Jika telur cacing ini masuk ke dalam aliran darah, ia boleh terbawa hingga ke otak kamu dan menyebabkan kerosakan otak, ia juga boleh masuk ke mata dan menyebabkan buta, ia juga boleh masuk ke jantung dan menyebabkan kerosakan jantung, dan juga boleh masuk ke hati dan menyebabkan kerosakan hati. Pada saat kau sedar bahawa kau dijangkiti oleh cacing ini, telah berlaku kerosakan yang tidak boleh diubati. Jadi ini sangat berbahaya. Ada satu lagi parasit yang dikenali dengan nama trichura tichurasis. Ini adalah cacing yang ada dalam tubuh manusia dan menyebabkan kerosakan.

Di zaman sekarang sains juga memberitahu kita bahawa daging babi mempunyai kandungan lemak lebih banyak berbanding dagingnya. Dan oleh itu kita boleh diserang aterosklerosis (radang pembuluh darah). Ketika kau diserang penyakit ini, artinya lemak dalam daging babi itu telah menyumbat pembuluh darah kamu. Selain itu kau juga boleh terkena hipertensi (darah tinggi) kerana memakan daging babi. Dan itulah sebab orang yang makan babi punya banyak lipatan perut kerana mereka punya banyak lemak.

Sains juga memberitahu kita bahawa babi tinggal di tempat kotor dan suka memakan najis. Ia adalah binatang yang menjijikkan. Dan babi adalah satu-satunya binatang yang suka melihat temannya melakukan seks dengan babi lain. Babi adalah binatang yang paling tidak tahu malu di muka bumi ini. Inilah sebab kenapa kami sebagai Muslim tidak makan babi.

Mamoko: Aku mengerti, terima kasih banyak.
Dr. Zakir Naik: Insya Allah, mudah-mudahan semenjak sekarang kau tidak akan makan babi lagi.
Mamoko: Aku tidak mau makan babi.
Dr. Zakir Naik: Masya Allah, sangat bagus.
Dr. Zakir Naik: Saudari, apakah kau percaya Tuhan hanya satu?
Mamoko: Ya.
Dr. Zakir Naik: Apa kau percaya Nabi Muhammad adalah nabi Tuhan?
Mamoko: Ya.
Dr. Zakir Naik: Apakah ada yang memaksa kamu untuk masuk Islam?
Mamoko: Tidak.
Dr. Zakir Naik: Kau melakukannya kerana keinginan sendiri? Masya Allah. Aku akan mengucapkan Arabnya, dan kau boleh mengulanginya.
(Kemudian Dr. Zakir Naik menuntun Mamoko untuk mengucapkan syahadat)
Dr. Zakir Naik: Masya Allah kau telah menjadi Muslim.
Mamoko: Terima kasih banyak.
Dr. Zakir Naik: Insya Allah aku berdoa kepada Allah s.w.t semoga Dia memberi lebih banyak hidayah, dan semoga Dia memasukkanmu ke dalam syurga. Dan semoga Allah s.w.t membawa ahli keluarga, kawan-kawan, dan beribu-ribu orang Jepun lain untuk masuk Islam, insya Allah.

sumber http://www.lampuislam.org/

Mengenai Saya